Saturday, July 31, 2010

Menangis ?

Perlukah kita sedih kerana orang tak suka kita ? Perlukah pendapat yang menjatuhkan dalam hidup kita ? Perlukah kita dengar pendapat orang yang mengatakan "BAGUS SANGAT KE KO ?"Apakah yang perlu apabila kita berkata-kata ?
Perlukah kita sedih bila kita tidak dimengerti ? Perlukah kita berasa hati bila kata-kata yang berlapikkan keikhlasan disalah ertikan sebagai "MENUNJUK BAIK" ? Perlukah kita berbohong , menidakkan rasa kesedaran kerana nak nak jadi popular , up-to-date , moden ?


Tuesday, July 20, 2010

Puasa

Salam........

Hari ni (20.07.2010) cukup 6 hari puasa. Bukan puasa ganti tau tapi puasa sunat. Nak kurangkan berat badan kui kui kui. Bersahur ngan nescafe dan 4 keping roti Gardenia Breakthru. Berbuka pun camtu cuma buat salad dengan tomato , salad bulat , sos cili , sos tomato , lada sulah dan sedikit mayonaise. Tadi pegi timbang dah jadi 96 kg. Sebelum puasa 103 kg. Rasanya kalau skip mayo mesti lagi banyak turun hehehehehehe...



Yang ni bekpes . Ader addition sket iaitu 2 ketul nugget ayam Ramly yang dipotong kecil-kecil.

















p/s  :  Chaiyok chaiyok !!


Tuesday, July 13, 2010

Ayat-Ayat Ruqyah

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

•Pening-pening kepala
•Mabuk
•Muntah-muntah
•Menggeletar
•Pengsan
•Seram-sejuk
•Berdebar-debar


Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.


CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH


1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).


2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.


3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.


4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.


5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.


6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


<< KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD >>


Urutan Ayat-Ayat Ruqyah


Nombor , Nama Surah , Juzuk , Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya


2 Al-Baqarah 1 1-5


3 Al-Baqarah 1 102


4 Al-Baqarah 2 163-164


5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255


6 Al-Baqarah 3 285-286


7 Ali-Imran 3 18-19


8 Al-’Araf 8 54-56


9 Al-’Araf 9 117-122


10 Yunus 11 81-82


11 Toha 16 69


12 Al-Mukminun 18 115-118


13 As-Soffaat 23 1-10


14 Al-Ahqaaf 26 29-32


15 Ar-Rahman 27 33-36


16 Al-Hasyr 28 21-24


17 Al-Jin 29 1-9


18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya


19 Al-Falaq 30 Seluruhnya


20 An-Naas 30 Seluruhnya


Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

Credit : Bereh.org (TERIMA KASIH)


Terima Kasih !!!

Blog ni berbaik budi nak promote blogger-blogger yang baru setahun durian (hohohoho!!)

So....Korang lawatilah blog Hincek Sharinginfoz ni...




Happy Besday Budak Cengeng


Adikku...

Dunia terbuka luas depanmu
Mulakanlah perjalanan dengan senyuman , ketabahan , kesabaran
Tak lupa dengan kasih sayang serta kecekalan
Langkah pertama mungkin susah
Terpijak duri , tersadung kaki
Jatuh lalu sakit dan berdarah
Tangislah adik
Tangis bukan bererti kau kalah
Bukan juga kelemahan atau kau berpaling
Sapulah airmata dan bangun kembali
Demi cita-cita mu dan bekal mu mengadap dunia


Adikku sayang...
Harta , benda dunia mungkin tak dapat kakak curahkan
Doa , restu , kasih , sayang dan cinta
Sentiasa cukup buat mu
Tangan ini sentiasa terbuka untuk memeluk mu
Bibir ini sentiasa basah dengan senyuman dan doa
Mata ini sentiasa ingin melihat kau bahagia
Kala kau menjunjung kejayaan

Selamat Hari Jadi Ke 18 Tahun.....

Love You Till The Last Breath.....



Taklimat BRP


Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Tensionezzzzzzzzzzzzzzzzzz

Pe kebenda la nak buat taklimat BRP lagi

Suruh antor je tak leh ke ?

Yang sekolah nyer kompom update

Korangnyer kot yang tak update

Kacau otak aku jer....

Dekat sebulan duk pikir benda ni jer

I Hate Taklimat !!!!!!!!

Tuesday, July 06, 2010

Persoalan....

Salam....

Sekian lama duk terfikir. Dosakah aku kerana menggunakan facebook.....Pastu try cari kat www.zaharuddin.net. Ini pencarian ku atas persoalan menggunakan facebook dan melayari internet sewaktu senggang office hour....

Facebook , Yahudi & Status Hukum

Layar Internet , Waktu Kosong & Kerja

Bacalah kawan-kawan agar kita bijak menimbang dan mengadili. Semoga memberi pedoman....

Ya Allah...Ampunkan aku , hambamu yang menzalimi diri sendiri....

Monday, July 05, 2010

Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka (Oleh Perempuan !!!)

* Ayah


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.



* Suami


Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.



* Abang


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.



* Anak Lelaki


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.




Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian. Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki. Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?



Saturday, July 03, 2010

Anak Buang

Tak biasakah pada mata
pada jiwa dan pada rasa?

Melangkah menjauh-jauh
semakin kecil dari pandangan zahir
ingin hilang dibawa udara
jauh ke negeri tak punya

Tak ingin bertenung
lupakan apa yang padanya.....

Sanggupkah !!!!????

Ya !!!
sanggup ....
sanggup melihat semut-semut menggigit
terlecur kerana matahari
kering dari lembap pelukan
ciuman hangat
kejap , kukuh dakap...

Kasihan kasihan kamu...
kamu wahai ibu
lari dari dosamu sendiri

BUAT IBU-IBU YANG MEMBUANG ANAK

Friday, July 02, 2010

Apa ??


Suatu hari dalam ruang hati
perjalanan dari hati ke jiwa
bagai perjalanan sejuta langkah
fikir bagai meronta kecewa
hati bagai mengesak tangis
jiwa bagai marahnya api
sebaknya perasaan bagai disagat-sagat

Tuhan ......
apakah di kalbu ini ?
apakah di rasa jiwa ?
mengapakah di tangkai hati ?
mata ini jatuhnya manik...
apa harus ku rasa ??

Tuhan...
ampunkan aku....
tenangkan aku...
jauhkan aku...
redakan aku...



 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design