Saturday, April 30, 2011

Hari ke 193

Assalamualaikum......




Hari ni demam (tak kuat sangat kot). Pakej ngan sakit tekak. Rasa lemah je badan ni....Mintak tolong hubby beli stepsil. Dia beli 2 jnis . Regular yang warna merah ngan cool. Rasa ok sikit. Pinggang ngan kaki ada sakit sikit. Masak pun lebih kurang je. Masak tempoyak ikan patin ngan timun kampung & pucuk paku tumis kicap. Lepas maghrib buat goreng pisang. Hubby balik jap ambik goreng pisang. Sian... Dia lapor kot....



Gambor Pinjam Ngan Encik Google

Baby lak hari ni aktif giler.... Dia tendang-tendang. Rasa sakit gak tapi nak gelak pun ada. Tak tau naper. Takperlah.... Asalkan anak ibu sihat sudah..... Ibu redha nak....



Sunday, April 24, 2011

Buah Zuriat / Buah Adam / Buah Hawa / Buah Koka

Assalamualaikum....Nak citer tentang buah yang akak minum airnya kemudian dengan izin ALLAH lepas tu akak pregnant.Bukan senang nak dapat buah ni. Nun jauh kat mekah sana. Nak bukak pun susah. Mau kederat lelaki. Tapi akak bukak sendiri je. Dengan harapan dan doa agar susah payah akak (nak membukak buah ni hehehehe) dibalas dengan seorang zuriat yang lahir sihat dan sempurna macam orang lain. Akak belah 2 pastu rebus dalam periuk yang sedang je. Masukkan air banyak (tapi bukan sampai melimpah) rebus sampai tinggal secawan. Pastu tambah lagi dan rebus lagi sampai tinggal secawan. Pastu akak terlupa nak minum trus dia jadi berkulat. Akak pun buang. Masa nak minum baca doa ni sebanyak 3 kali pastu selawat atas nabi banyak kali. Niatlah dalam hati nak zuriat yang soleh solehah. Ada orang petua kat akak , banyak-banyakkan bersedekah... INSYA ALLAH.... Semua dengan izin DIA....


RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA.



Ader orang jual sampai RM35.00 ok !!


Gambar ni pada 18.10.2010



Sumbing kao !!


Ovulation date: 02.11.2010
Conception date: 02.11.2010
Implantation date: 11.11.2010
Due date: 26.07.2011


SEKADAR NAK BERKONGSI..... 


ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADA ALLAH.....






Saturday, April 23, 2011

Majlis Tunang Adik

Assalamualaikum..... Sabtu (16.04.2011) hari tu berlansunglah majlis pertunangan adik yang no.6. Tunangnya orang sungai besar , selangor. Layan gambar jum....










Yang mata cam kucen tu my father , baju pink tu my mother...
Baju batik biru bakal besan diorang...



Tengah kira duit pengeras eh duit pendahuluan 
(kot... Taktau org panggil pe duit tu)


Orang yang bertunang hari tu...


Dia ngan tunang dia.... 





Sekian , Terima Kasih




Baby Teringin Nak Makan Kek Kot ??

Assalamualaikum.....

Hari ni teringin nak makan kek coklat kukus. So.... Terjadilah kek coklat kukus yang dikukus dengan penuh kasih sayang muwahahahahahahaha !!!


Ignore je kain batik buruk tu. Import dari gerik....



Chocolate ganache..... Untuk topping...



Dah siappppp !!!! 
Bagi mak sebijik sebab ramai adik kat umah. 
Mak mertua bagi separuh sebab ader 2 , 3 org je 
kat umah dia hehehehehehehe (Ni bukan menantu 
tapi hantu hohohohohoho !!)


p/s  :  Agak-agak bleh jual tak ? (PERASANNNN!)


Saturday, April 09, 2011

Tetamu Tak Diundang 2

Sila tengok biawak ini








Haishhhhh !!!! Geram la dibuatnya....

Bila taktau dia duk bermastautin kat situ. Bila diacah-acah pun taknak lari....

Akak google kat tenet , ader artikel kata kena sedekah emas dan kain untuk tolak bala. Taktau la pulak. Tanak la percaya karut-karut sebab takut khurafat tapi biawak adalah binatang yang dianggap sial.

Apa pandangan islam ye ? Ada sapa-sapa tau pasal ni ??

Harap-harap tak ada la alamat yang tak elok pada akak yang tengah pregnant ni ....


Ya ALLAH Ya Tuhanku , Tuhan Yang Maha Mengetahui , Yang Maha Pengasih , Yang Maha Besar .... KAU lindungilah aku dan anakku yang masih dalam kandungan ini dari segala bencana.... Hanya kepadaMU sahaja aku meminta.... Amin Ya Rabbal Alamin...



Friday, April 01, 2011

Ucapan Terima Kasih & Sama-Sama

Marilah kawan-kawan mulai sekarang kita gantikan ucapan TERIMA KASIH dengan JAZAKALLAHHUKHAIRAN (Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak) dan gantikan ucapan balas SAMA-SAMA dengan ucapan balas JAZANA WA IYYAK (Semoga Allah juga membalas kebaikan yang kau ucapkan tadi kepada kita semua dan juga kepada dirimu)



Selawat Tafrijiah




Fadilat berselawat


1. Amalan yang paling utama.
2. Boleh mennghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat dari huru hara Hari Akhirat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7. Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas dari 
      segala yang mendukacitaka




 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design