Monday, May 23, 2011

Mee Segera Cintan Perasa Asli

Assalamualaikum...


Hari ni pegi check BP (130/80). Masih taknak turun. Pastu kena marah ngan nurse sebab tak pegi check BP sabtu hari tu. Pe nak buat..... Marah je la.... Nak jawab pe.... Terpaksa la tahan telinga , senyum dan mintak maaf. Balik ke opis lapor sangat-sangat tapi akak ader beli roti gardenia. Kawan kat opis sorang puasa ganti , sorang lagi tak poser tapi dah kenyang kalau tak mesti bleh makan secara beregu hihihihihihihi.Wah !!!!! Teringinnya nak makan mee segera cinta perasa asli..... Rendam ngan air panas. Heaven sangat dapat makan tapi rasa guilty sangat lepas tu.... Bukan pe .... Takut darah naik.... Harap-harap tak tinggi ye....




Sunday, May 22, 2011

Air Asam Jawa

Assalamualaikum...


Dah 2 hari minum air asam jawa. Tak kira la yang asam jawa seketul tu atau asam jawa adabi tu. Tapi tak la banyak. Takut effect pada baby dalam perut ni. Tapi ALHAMDULILLAH , SYUKUR PADA ALLAH baby cam ok je. Aktif cam biasa. Siap gegar-gegar lagi perut akak yang tebal ngan lemak ni.


Hasilnya badan berpeluh dan 2 , 3 kali membuang (cirit birit biasa). Orang kata kalau kita cirit birit maknanya haba panas sedang keluar dari badan kita. Penyakit darah tinggi ni ader yang kata masa ngandung je sebab uri mengeluarkan racun dan badan ibu cuba menolak uri tersebut. Ader pulak pendapat mengatakan darah panas.

Akak bukan apa , tension darah tinggi ni takmau turun kembali dan kekal ke tahap normal masa mula-mula pregnant (120/80). Hemmm...... Tah la.... Kalau buat bodo je kat penyakit ni pun dia tetap nak menempel kat fikiran ni.... 



31 Minggu !!!

Assalamualaikum....


Condition2 hour glucoseFasting glucose
mmol/l(mg/dl)mmol/l(mg/dl)
Normal<7.8 (<140)<6.1 (<110)
Impaired fasting glycaemia<7.8 (<140)≥ 6.1(≥110) & <7.0(<126)
Impaired glucose tolerance≥7.8 (≥140)<7.0 (<126)
Diabetes mellitus≥11.1 (≥200)≥7.0 (≥126)







Syukur Alhamdulillah 2 hari lagi masuk 31 minggu. Ada lagi lebih kurang 9 minggu. Macam-macam yang bermain difikiran ini oleh sebab akak ni ader darah tinggi (latest BP : 130/80) dan doktor ader cakap yang baby akak songsang (kaki kebawah , kepala di atas). Sabtu baru ni nurse telefon tanya naper tak datang check BP. Akak cakap doktor tak cakap aper pun. Dia pun tak marah. Isnin ni baru nak pegi check. Doktor nak monitor BP. 01.06.2011 ni kna jumpa lagi. Kali ni nak kena minum air gula. Yarkh !!!! Mula-mula pegi kena kincin dulu , pastu ambik darah (diorang nak tengok bacaan gula dalam darah sebelum minum air gula). Korang tau glucose yang diorang letak dalam gelas tu sama tinggi dengan gelas. Akak takder la rasa cam nak muntah minum air tu tapi rasa pedih dan macam luka kat tekak ader la. Kalau muntah lagi teruk. Kena minum yang baru balik. Wah !!! Kalu camni yang takder kencing manis pun kompom kena kencing manis. Pastu tunggu 2 jam. Kena pegi kencing pastu ambik darah sekali lagi. Tang ambik darah tu memang agak ngeri sebab sakit gak. Sabor jer.....




Sunday, May 15, 2011

Takziah Sahabat...

Takziah pada seorang sahabat yang kematian anak semasa masih dalam kandungan. Akak pun taktahu bila dia meninggal. Mungkin dia masih sedih untuk menceritakan pada akak akan kesedihannya itu. Akak tahu pun melalui facebook adik dia. Kepada umat islam yang membaca posting akak ni , akak mohon sedekahkan AL-FATIHAH buat allahyarham si kecil dan ibu nya (buat menenang dan menguatkan hati ibunya)


Ya ALLAH , KAU berilah kekuatan hati dan jiwa pada sahabat ku itu. Padamkanlah kesedihan dari hatinya.
Kurniakanlah ketenangan dan kegembiraan padanya..... Sesungguhnya hanya ENGKAU yang mengetahui segala-galanya..... Amin Amin Amin....




p/s  :  Ya ALLAH Ya Tuhanku ,  sesungguhnya aku tidak malu untuk mengakui yang aku tidak kuat jika diuji sebegitu. KAU selamatkanlah aku dan anakku. Aku amat menantikan anak ini ,  zuriat suamiku , amanah MU. Berilah aku peluang untuk aku menjaga anak di dalam kandunganku ini. Ya ALLAH Ya Tuhanku.... Sesungguhnya tidak ada tempat untuk ku meminta. ENGKAU lah tuhan yang maha mengetahui , maha mendengar , maha pengasih serta maha mendengar. Kabulkanlah Kabulkanlah Kabulkanlah Kabulkanlah Kabulkanlah Kabulkanlah Kabulkanlah permintaan ku ini Ya ALLAH.... Amin Amin Amin.... Ya Rabbal Alamin....





 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design