Monday, June 27, 2011

Genap 36 Minggu

Assalamualaikum...

Macam-macam perasaan yang ada TAKUT , GEMBIRA , NGERI..... Macam-macam ada....



Tapi dalam pada masa yang sama , ada jugak duk berangan-angan bila baby dah kuar nanti. Rasa bahagia. Yelakan.... NEW MOMMY....  Macamana ye rasanya ada anak.... Selapang dulu kah ? badan jadi kurus ? (Advantage tu!! hehehehehe).... Semua barang dah siap (rasanya la...) Ada lagi kat umah tok besah (my mum) Cuma mungkin ubat bersalin , makanan dalam pantang , minyak telon , bengkung ibunya je belum beli..... Mungkin esok beli kot sebab pagi tadi nak ambik duit mesin atm OUT OF SERVICES pulokssss.....

Hemmmmm...... Sekarang masih dalam pencarian rumah... Rumah yang diduduki sekarang ni dari mula duduk memnag banyak bermasalah. Tapi bersyukur jugak sebab ada jugak rumah. Masa tu husband baru dapat tukar dari Slim River. Jenuh cari rumah. Tapi bila sedang menunggu saat kelahiran anak pertama , keselamatan dan keselesaan anak jadi keutamaan.
Rumah tu bukan tak elok. OK la.....

1.  Banyak lipan bara.... Besar-besar pulak tu. Banyak kali dah terserempak. Tiap kali dia keluar husband mesti tak ada kat umah. Kena bunuh sebab kalau biar kang kali lain dia kuar , tak nampak mau dia sengat........ TAK PASAL !!!! Tikus pun kemain besar. Saiz dia dah sama ngan anak kucing baru berjalan jatuh.

2.  Bila ujan air akan masuk dalam umah. Keluar dari tiang.... Tak tau la nak cakap air pe. Mata air ke , air takung longkang ke aper ke. Yang kat dapur pulak masuk dari celahan atap. Bumbung zink pulak berlubang. Kena pulak bawah lubang tu ada rak bawang. Kalau kena air (khasnya bila time kitorang takder kat umah) mau busuk bawang tu.

3.  Hari tua ader lak anak biawak tumpang duduk kat pecahan alang. Disergah-sergah tak maunyer lari. Lama-lama tengok dah makin besar makhluk tuhan tu. Last sekali husband letak klorin dekat lubang 'mahligainya' terus dia 'check-out'...... Bukan nak seksa makhluk tuhan tu tapi rasa tak sedap ati tengok dia ada situ.



4.  Longkang buangan yang dikongsi bilik mandi , bilik jamban (hehehehe) dan paip buangan dapur memang air tak mengalir. Bayangkan ek kitorang duduk situ dalam tahun 2008. Sampai sekarang (2011) air tak mengalir pergi jauh. Duk bertakung kat situ. Bau USAH DIKENANG la. Dengan nyamuknya (Jentik-jentik memang ada banyak kat situ). Katak pun dah banyak masuk duduk dalam bilik mandi. Orang kata kalau ada tikus dan katak , risau pulak yang panjang-panjang datang. HUISH.... MINTAK SIMPANG.... Bila hujan , air akan naik. Air limbah dari longkang tu akan masuk dalam rumah. Nasib kitorang agak baik sebab belum kena kudis buta lagi (mungkin sebab kulit tebal cam kulit badak kot hehehehe). Dulu memang mengalir tapi dah disekat tuan rumah yang duduk dekat tempat mengalir air tu. nak marah pun tak patut jugak sebab tuan rumah memang tak kena sebab tak buat longkang yang sempurna. Kalau rumah kita dimasuki air longkang , mesti kita pun akan sumbat longkang tu. Sapa yang jadi mangsa ? PENYEWA (Saya la tu). Dulu ada dengar citer tuan rumah nak buat longkang tapi terus senyap sampai sekarang. Tak tau la pulak apa sebabnya....


Semalam mak ada cakap , kat Taman Intan ada rumah sewa tapi bocor pulak atapnya. Tuan rumah pun belum bagi kata putus nak bagi duduk atau tak. Tu belum lagi nak membaikinya. Hai... Bila la boleh duduk rumah elok sikit. Harap-harap sebelum bersalin ni dapat la rumah sewa baru......

UPDATE !!!! Tuan rumah tu tanak bagi sewa pulak..... Rugi dia.....

Hari jumaat sudah pegi pasar malam. Two favourite (antaranya la hehehehe) yang akak beli ialah ayam percik dan somtam tanpa udang..... Perghhhhhhhh !!! memang terbaeeeeeeeek.........






Wednesday, June 22, 2011

Ader BPA Tak ??




Kod-kod ni selalu anda boleh jumpa kat botol-botol plastik. Contohnya botol air mineral atau minuman lain yg anda beli, bekas-bekas plastik yg digunakan dirumah, bekas tau fu fa yang anda beli kat pasar malam malahan kat botol susu anak anda. Perasan kan? Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:

1. Berada atau terletak di bahagian bawah
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga

Apa pentingnya kita ada pengetahuan tentang kod-kod ini?
1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic





JENIS PERTAMA
Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA
Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA
PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM
Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego.

Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.
Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman.

Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat yang dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.



p/s  :  Pastikan bekas plastik kita ader nombor 7

Saturday, June 18, 2011

Beg Mahal












Ade Lagi Yang Tak Cukup

Assalamualaikum...


Hemmmm.... Ingatkan dah cukup barang baby tapi bila ditelek , dibelek , disusun ader lagi rupanya yang belum dibeli. Sian baby.... Nanti ibu beli k....


Antaranya  :


Barang Baby


1.   Romper
2.   Baby Bip
3.   Topi
4.   Bakul Barang Mandi
5.   Minyak Telon
6.   Pengetip Kuku Bayi
7.   Cooler
8.   Warmer
9.   Storage Bottle
10. Selimut (Dah ada 1 tapi nak beli 1 lagi)
11. Minyak Yuyi
12. Nasal Aspirator


Barang Ibu


1.   Bengkung
2.   Selipar
3.   Pad
4.   Minyak Urut
5.   Termos


Mungkin ada lagi tapi tak berapa nak nampak lagi.... 



Thursday, June 16, 2011

Checkup 15 & 16.06.2011

Assalamualaikum....


Semalam (15.06.2011) jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Check BP 120/80 (Normal tapi bukan bleh percaya sangat). Lain sumer OK. Nurse buat kalut kata baby still breech. Tapi akak rasa macam dia dah pusing kepala kebawah. Bila sampai kat Dr. Halipah , dia scan , baby memang dah turun bawah. ALHAMDULILLAH !! Baby ibu ni memang ANAK YANG MENDENGAR CAKAP..... 
Hari ni (16.06.2011) pulak ke Klinik Lawatan Pakar di Hospital Gerik. Blood Presure : 121/77 (HAIKSSS !! Memang nak main-main ngan aku tekanan darah ni. Kejap naik , kejap turun.) Alhamdulillah diilhamkan tuhan minum air asam jawa suam yang diheningkan (betul ke perkataan ni ?) Akak cuma buat air asam jawa guna Asam Jawa Adabi dengan air panas dan biar habuk coklat dia turun bawah. Cuma minum air yang jernih kat atas tu je. SYUKUR ALAHAMDULILLAH dah banyak kali minum tak ada apa-apa jadi kat baby... Akak diperiksa oleh Dr.Zamzida (TERIMA KASIH ATAS LAYANAN BAIK PUAN DOKTOR). Doktor bagitau akak yang kepala baby dah turun ke ruang yang sepatutnya. Air ketuban O.K , Baby seberat 2.7kg. Jantina baby memang tak leh nampak sebab VERY THICK WALL hahahahhah....... Kira keseluruhannya OK la.... ALHAMDULILLAH YA 
TUHANKU ...... Yang paling best sebab tak payah datang 
lagi jumpa dia hihihihihihihihi.... Cuma teruskan check-up (yang dah jadi tiap minggu) ke KKIA Gerik.
Doktor ada tanya nak bersalin dimana (sebab dia tengok IC akak lahir di Kedah) Tapi akak cakap suami orang sini , family pun duk sini so akak pilih bersalin di Hospital Ipoh on 38 weeks.... INDUCED LABOUR (FREAKING SCARED dengar perkataan ni for first time mum to be).... Banyak dengar citer kata sakit... Tah la..... Pepun DOAKAN AKAK SELAMAT YA....




Tuesday, June 14, 2011

It's Been 34 Weeks Already !!

Assalamualaikum....


Dah 34 minggu.... Kalau betul kna 'induced' at 38 weeks , tinggal 4 minggu lagi la lebih kurang.... Haishhhh !! Takut , seram , gerun , berdebar jangan citer la.... MOGA ALLAH SELAMATKAN DAN SEMPURNAKAN SEGALANYA....AMIN AMIN AMIN.....


Esok check-up biasa kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak Gerik (Harap-harap semuanya OK)
Lusa (Khamis) ada appointment ngan doktor pakar kat Hospital Gerik plak. Nak tgk doktor cakap pe tapi kata Doktor Ezdiani (Yang cantik , comel dan lembut tue) selalunya bila dah mula ambik ubat darah tinggi (Methyldopa) mesti kena 'paksa' bersalin..... Ader kawan-kawan yang pernah kena 'paksa' bagitau sakit bersalin paksa lagi sakit dari sakit bersalin yang datang secara 'natural'. Yela... Buah yang belum masak , kalau dijolok lambat la nak jatuh. Tambah pulak anak sulung... TUHAN...KAU SAJA MENGETAHUI SEGALANYA...


Dalam minggu ni baby dah takder gerak-gerak sangat. Letih kot... Atau 'playground' 
dia dah sempit kot...Ibu sentiasa risau sayang... Cuma ibu berharap KAMU SIHAT-SIHAT AND DOING O.K..... IBU AND AYAH LOVE BABY VERY MUCH..... LOT'ZZ OF PEOPLE IS WAITING FOR U PATIENTLY !!!





Monday, June 06, 2011

Kenduri Doa Selamat & Solat Hajat

Assalamualaikum....


Ini entri yang basi dan dah dekat nak berkulat dah hehehehe.... Pada 27.0502011 (Sabtu) hari tu ader buat kenduri Doa Selamat & Solat Hajat mintak selamat bersalin ibu dan anak dalam perut ni. Ingatkan tak jadi rupa-rupanya diorang tak bagitau awal-awal kat akak. Akibatnya cuma tempah makanan jela. Tu pun buat lepas Ustaz Azhar (Kadi Gerik) mengajar kat surau Kg.Ulu Kenderong. 



Terima kasih banyak-banyak ustaz.... Yang tak seronoknya , benda macam jadi tak dirancang... Kalau bagitau awal-awal bleh la akak siapkan sedikit sourvenir sebagai tanda terima kasih pada jemaah yang sangat-sangat bermurah hati bersembahyang hajat untuk akak. ITU yang paling akak kesalkan.... Tapi ape pun akak tetap nak hadiahkan tandamata pada diorang... Cuma tak tau benda apa.....


Oooopppssss.... entri ni bukan nak menunjuk atau nak bagitau akak ni baik cuma nak bagitau akibat tak merancang dengan baik... Jadi tak seronok la plak...


Cerita Hari Ahad (05.06.2011)

Assalamualaikum....

Esok masuk minggu ke 33 pregnant. Sabtu pegi umah mak , mak tgk garisan linea nigra dah makin jelas. Orang tua-tua cakap kalau garisan tu dah nmpak maknanya makin dekat nak bersalin dah. Seram gak rasa hati ni.... Hari ahad anak ibu yang dalam perut ni asyik mengeraskan dirinya... Seksa gak nak nak buat keje... Nak masak untuk lunch pun rasa tak larat. Tapi akak gagahkan jugak sebab ikan patin tu dah beli banyak gak. Aderla dalam 8 keping. Lagipun dah janji ngan adik bungsu nak buat patin masak tempoyak. Bila dah siap masak suruh budak-budak tu datang ambik. Pastu makan sorang-sorang sebab hubby pergi kenduri belakang rumah (walaupun tengah keje) . Yela...Kena la tunjuk muka sebab jiran sekampung. Akak memang tak pegi la sebab tak larat , ngan baby duk buat keras dalam perut. Panas lagi hari tu.

Hari ni google tentang info kenapa baby mengeras dalam perut. Ianya dipanggil BRAXTON HICKS. Jum baca artikel ni...

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
- Bayi bergerak dengan aktif (Betul...)
- Semasa senaman atau membawa barang berat (Betul gak...)
- Mengurut perut
- Semasa hubungan seks (Kadang-kadang hehehehehehe)
- Dehidrasi (Betul...)
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

- Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. 
- Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

- Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
- Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
- Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan 
   kontraksi BH
- Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
- Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan
  ketidakselesaan



     

    Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design