Saturday, July 23, 2011

Perjalanan Menemui Aufa Auni

Assalamualaikum....

Alhamdulillah , hari ni dah masuk hari ke-9 Aufa Auni hidup di dunia bersama ibu dan abinya.
Syukur sangat-sangat pada ALLAH kerana kami dikurniakan seorang cahaya mata yang dah lama ditunggu-tunggu oleh seluruh keluarga baik keluarga akak dan keluarga hubby akak....

Nak ulas tentang aufa auni pun masih terlalu awal sebab dia pun asyik tido jer... Tadi baru balik dari KKIA Gerik sebab check darah baby sebab dah kena penyakit joundis. Ari ahad masuk wad sebab baby ada joundis. Duduk bawah lampu biru la anak ibu ye... Ari isnin baru doktor bagi kuar tapi hairan gak. Masa masuk wad bacaan kuning baby adalah 17.4 tapi bila kuar hanya 13.3 je.... Akak ada tanya doktor kot-kot bahaya tapi doktor tu kata dah o.k....

Selasa plak nurse datang umah nak buat lawatan. Dia cakap luka c-zer akak kak ujung tu ader cam 'tersengih' skit. Dia suruh datang untuk tunjuk kat doktor dan ambik ubat cuci.

Jum baca citer pengalaman bersalin baby AUFA AUNI yang keluar melalui tingkap....

10.07.2011


Pagi ahad... siap-siap tunggu hubby balik keje nak bertolak ke ipoh untuk admit ke Hospital Permaisuri Bainun sebab nak induce labour. Pukul 4.30 ptg sampai ipoh.... Sempat gi makan sizzling wantan mee + x-tra cendawan lagi (memang rezeki akak sebab cukup-cukup je hehehehehe). Having jeli dan air lincikang. Memang terbaek.... Check-in Hotel Fair Park. Memang fav akak hotel ni. Murah , selesa.... Nasib baik ader beli nasik lemak sbb malam tu lapor lagiiiiii !!!! Malam terakhir sebagai preg lady !!


11.07.2011

Pepagi lagi turun nak check-out. Lepas tu bekpas kat kafeteria hotel. The meal was simple but sedap gak. Mee goreng ngan kueteow kecik goreng. dari hotel terus  'menyerahkan diri' ke hospital ipoh. Lepas selesai urusan dokumen kemasukan terpisahlah ngan hubby. sedih ader gak. nurse suruh salin baju . pakai baju hospital warna pink.... cute la baju tu..... Petang skit nurse panggil nak tgk jantung baby. Selesai tempek-tempek kat perut benda alah mesin tu nurse cakap baby suka lari-lari. so report jantung baby ader lompang-lompang skit. Takperla asalkan ader degupan jantungnya sudeyyyy...... Lepas buat ujian tu , datang la sorang doktor muda ni. Kecik gak la. Doktor lelaki. Dia nak bawak akak gi buat scan baby plak. Dia bawak wheelchair untuk akak. Akak cakap takper sebab akak takut dia takleh tolak (uhuk uhuk uhuk)..... Dia cakap takper sebab akak jalan lambat , daripada sampai lambat dan kena marah ngan doktor senior , baik dia tolak walaupun BERAT !!! (uhuk uhuk uhuk.... TB). Kesian la pulak.... Dia siap tanya berat akak braper dan dia bgtau berat dia separuh dari akak.... Kesian doktor tu....


12.07.2011


Subuh-subuh lagi kena kejut ngan nurse. Nak buat test jantung baby. Lepas dah siap nurse suruh siap sebab nak masuk labour room pagi tu. Mandi pun dah lebih kurang (sebab ngeletor takut) tapi sabun elok-elok jugak kasi wangi kang malu kat doktor sebab busuk hehehehehehe.... Lepas tu bawak baju baby sehelai , receiving blanket 1 , pampers ibu 1 , pampers baby 1. Bila masuk ke labour room dengar bunyi jeritan baby dan jerita mummy diorng. Airmata ni laju je jatuh sebab takut tahap suria baja hitam dah. Kaki ngeletor....
Perut ni bukan butterfly je dah segala mak nenek mergastua pun ada..... datang la doktor india. Dia check jalan dah ada 4cm.... Nak start ubat dengan drip.... Pukul 9 dah start sakit.... Dia kuatkan drip. Contraction dah 5 kali dalam 10 minit. Doktor cakap nak kurangkan drip sebab tak pernah lagi orang contaction 5 kali dalam 10 minit. Doktor dah keliling duk cakap... Akak dah tak peduli sebab sakit sangat-sangat dah....Husband dipanggil masuk sebab nak temankan dan bagi semangat. Hubby akak masuk jap dan dia taknak tunggu sebab dia takut. Akak pun kalau boleh taknak bagi dia ada sebab akak tau dia takut ngan benda-benda camni.Sampai pukul 5.00 petang....... Masuk la lebih kurang 10 orang doktor.... Diorang terkejut gak sebab masih belum bersalin dan jalan baru 4cm.... Discuss kat situ dan capai persetujuan nak EMERGENCY CEASEREAN..... Doktor pun inform kat hubby. Hubby merayu nak masuk dan temankan.
Mungkin dia takut sesuatu terjadi pada akak. Tapi prosedur hospital melarang. AKAK SERAH PADA TUHAN.... Dia pesan akak mengucap banyak-banyak. Mak akak pun dah sampai.... Bila dah atas meja pembedahan doktor nak bius separuh tapi bius separuh tak jalan sebab akak alah pada ubat bius dan ada bengkak kat tekak. pakar bius buat ujian samada akak sakit atau cuma terasa bila dia cucuk-cucuk kat kaki akak. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Dokor nak cuba potong dengan pisau. 2 kali dia try dan akak rasa pedih pisau pembedahan ditekan pasa ari-ari akak. Dalam hati memang akak nekad nak bius penuh. Lastly diorang terpaksa bius penuh........

Akak sedar 9.30 mlm. Syukurlah semua selamat......


13.07.2011

Paginya tersedar pukul 5.00 pagi... Dahaga sangat.... Mintak air pada nurse. Dia suapkan akak. Kaki ngan tangan dapat gerak... ALHAMDULILLAH..... Baby ditolak pada akak.... Itulah pertemuan pertama akak dan anak yang 38 minggu akak kandungkan.... Baby senyum pada akak.... Mukanya macam akak... Air muka cam suami... YA ALLAH...... Terima kasih atas ehsan-Mu Ya ALLAH.... Pukul 11.00 pagi akak disiapkan dan ready balik ke wad. Susah sangat nak bangun dan nak kena jaga baby lagi.... Akak kuatkan juga... Susu taknak keluar... Rasa sedih sbb baby lapar tapi xda makanan... paksa perah susu jugak....
Maaf ye nak.....


14.07.2011


Pagi lagi doktor dah datang nak tgk dressing luka c-zer.... Dia sembur benda alah cam gam... Pastu cakap akak bleh kuar dah.... HURRRAYYYYYYYYYY !!!!! Call hubby dan bersiap balik Grik....



















Friday, July 08, 2011

Celoteh Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Dah tak berapa lama lagi dah. Lebih kurang 2 hari lagi nak pegi ipoh.... Tak tau apa ada dalam fikiran ni.

Takut ? Ada sikit...

Excited ? Ada sikit...

Risau ? Banyak jugak...

Sekarang mungkin agak lewat tapi nak makan set Salindah yang dibeli hari tu setakat yang terdaya.... Mungkin boleh menolong.... Tapi macamana pun ALLAH YANG MAHA KUASA jugak yang menjadikan semua....


B4 - Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.




B5 - Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

B6 - Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

Semalam tiba-tiba baby (ibu dia sebenarnya hehehehehe) teringin nak makan mee kari...
Kawan pun bawak gi makan kat sebuah gerai depan simpang jalan nak masuk kampung. 
Gerai akak tu rupanya gerai mak kawan adik akak.... Akak makan mee kari ngan air assam boi + limau nipis..... PERGHHHHHHHHH !!! TERBAEKKKKKKKK !!! Memang sedap mee dia.
Siap tapau bawak balik mee kari tu...








Wednesday, July 06, 2011

Check-Up 06.07.2011

Assalamualaikum.....


Hari ni pergi checkup for 37 weeks (sebelum admit ke Hospital Permaisuri Bainun , Ipoh pada 11.07.2011). Dah dapat surat dah tapi doktor yang bagi surat tu cam blur je.... Dia suruh pegi pada 01.07.2011 tapi hari ni 06.07.2011.... Akak ader bagitau dia hari ni dah 06 hb tapi dia buat derk jer.....


Lepas kuar dari bilik dia akak tanya nurse yang ada terus nurse tu pegi tanya dia dan dia pun betulkan surat tu.Takder la.... Bukan nak marah tapi nak betulkan je.... Sebab nanti akak yang 'terpelengong' hehehehehe....


Hari ni dapat nombor 18.... Lambat la rasa.... Pukul 11.30 pagi baru bleh balik opis.... Siap akak leh lentok kat kerusi klinik lagi hehehehehe....


Hari ni SN Marini Saad yang attend akak.... Orang nya putih , comel.... cakap pun berhemah.... Dia kata hari ni banyak nombor yang tak 'cantik'..... Hemmm.....


Berat  :  113.5 kg (Tak turun , tak naik....)
BP  :  1st - 126/90 (Pelik gak....) , 2nd - 130/80 (Rasanya sebab demam , batuk dan selesema kot...) , 3rd - 120/80 (Dah tak seronok walaupun turun jadi normal)
Jantung Baby - 140 seminit
Oedema -  Slight 




Dah pukul 10 tak boleh mamam lagi... Lapor.... Nasib baik ada 
Ribena Blackcurrant Pastilles (My Fav)

Bila dah siap suruh awang malik (adik) datang ambik sebab pak pandir akak bawak adik dia gi buat report polis accident hari tu....

Balik opis surf net untuk cari medical term yang banyak doktor tulis dalam buku pink sebab tak paham apa yang dia tulis.... Sekarang dah 50% paham sikit sebab 'kod rahsia' diorang dah terbongkar hahahahahahahaha.... Pada new mommies yang nak tau pe yang doktor tu merepekkan dalam buku bleh rujuk laman ni List Of Medical Abbreviations

So lepas ni bleh la sembang ngan doktor-doktor hehehehehehe....

Sekian , terima kasih.... hehehehehehe....



Tuesday, July 05, 2011

ECPI Anggun

Assalamualaikum.....

Sajer nak citer tentang ECPI ANGGUN..... Sebelum pregnant memang pakai produk kecantikan NOUR AIN....  Harga not bad dan memang sesuai ngan kulit muka. Bila dah preg tak berani nak pakai lagi sebab takut bahan kimia dalamnya membahayakan baby....

Akak try ECPI ANGGUN baru je lagi. Dalam seminggu gitu (tupun dah 36 weeks). Dekat nak bersalin
dah pun tapi perubahan memang agak ketara. Kulit yang dulu cerah dah jadi kusam (mungkin pembawakan budak dan memang takder tempek aper-aper kat muka. Cuma cuci muka ngan Biore Men Deep Clean Action je)  sekarang dah makin cerah.



Memula sapu rasa cam nak jerit. Pedih dan panas. Pastu dapat idea campur ngan air ECPI.

1 bahagian ECPI ANGGUN : 3 bahagian air ECPI

Pastu takder la rasa pedih sangat. Air ECPI pun memang bagus dibuat sapu muka. Khasnya bila nak pakai foundation. Titikkan 2 , 3 titik air ECPI ke foundation korang pastu ratakan kat tangan dan terus sapu kat muka. Muka akan nampak sangat lembab dan cerah.




Sekarang tiap malam pakai. Lepas mandi dan sebelum tido. 



Sunday, July 03, 2011

23 Atau 8 ?

Assalamualaikum....


Saja nak berceloteh ...... Ibu tak larat hari ni.... Demam , sakit tekak sikit , bersin-bersin , running nose....


Dugaan , dugaan.....


Hari ni masak biasa-biasa... Orang biasa makan makanan biasa jer (Sebenarnya tak pandai masak hehehehe)


Ikan Cencaru Sumbat 


Sambal Gesek


Sayur Masak Putih


Hati ni berdebar-debar sangat... Kalau ikut due 26.07.2011 . Tapi kalau ikut doktor , nak paksa tapi tak tau tarik nak paksa. Cuma 11.07.2011 ni kena pegi hospital ipoh....

Agak-agak apa rasanya nak bersalin ye....


SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALANYA... AMIN...





Friday, July 01, 2011

UPDATE Check-Up 29.06.2011

Assalamualaikum.....

Sajer nak cerita masa check-up 29hb Jun hari tu....

Buku yang dah macam pembalut belacan


Berat  :  113.5 kg (Naik sekiloooooooooooooooooooo....)
BP  :  110/80 (Tak pernah turun banyak ni.... Wooooohoooooooo !!!!)
Jangkamasa  :  36+ Weeks
Kedudukan Bayi  :  Chepalic (Dah OK !!)
HB  :  12.2

11hb Julai ni dah kena pegi Hospital Ipoh untuk pemerhatian. Kalau tak bersalin gak mungkin akan dipaksa (Wuuuuu... TAKOT !!)

Doktor suruh continue makan ubat darah tinggi (Yang sebenarnya tak makan hehehehehehe)

DAH TAK TAU NAK TULIS APER.... WASSALAM.....




 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design