Wednesday, September 21, 2011

Ragam 2 Bulan

Assalamualaikum...

BAB TIDUR






Masa dia sebulan hari tu punyalah susah nak bagi tidur. Buat macam-macam. Urut dengan minyak dan bedak sleep better johnson n johnson pun tak jalan. Ada 2 , 3 malam dia langsung tak lena. Menguap pun tak.Tapi bila masuk je 2 bulan. Tepat pukul 7 , ngamuk-ngamuk jap , bedung rapat-rapat , bagi minum susu ,  dia akan tidur sampai pagi. Ader gak terjaga malam-malam tapi sebab nak minum susu je...


BARANG FAVOURITE


Kain batik yang ibu pakai -  Dia akan berusaha tegur kain batik tu. Sembang-sembang dengan kain batik.

Potek/Pacifier - Takde benda alah ni memang takleh buat keje , tak nak tido.
Pernah sekali tertinggal umah opah dia. Sampai pagi dia taknak tidur.
Esoknya , bila pak lang dia hantar , sumbat je dalam mulut terus tido hahahahahaha

Rocking chair - Lepak dalam rocking chair sambil tengok babytv kat astro....
Cam orang tua la adik ni...

Tengok... Tak sedar....


PERISTIWA PENTING

Jumaat lepas (16.09.2011) pegi umah opah dan sepupu emak datang cukur rambut aufa.
Bagus la anak ibu... behave... senang makcik sada cukur kepala adik...

Ringan kepala adik...

Lepas mandi....







Wednesday, September 14, 2011

Aufa Auni Checkup For 2 Month

Assalamualaikum.....


Salam aidilfitri.... Isnin hari tu pegi checkup for 2 month aufa auni. Dah lewat sebenarnya. Sepatutnya kena pegi masa umur 1 bulan hari tu tapi sebab aufa kena sekam so tak boleh cucuk imunisasi la. So isnin lepas genap 2 bulan. Ibu bawak aufa pegi cucuk kat klinik Dr. Azhar je. Yang ada Dr. Nasa je. Tapi Dr.Nasa pun ok. Ibu jugak beli pil untuk tambah susu. Semua skali (pil tambah susu + cucuk aufa + ubat demam = RM128.00).......Errrrrrrkkkkkkkkk = Very the mahal... Tapi ok la tu.... Asalkan anak ibu dapat imunisasi....


Balik umah aufa auni tak demam tapi petang tu dia meng'gegak-gempita'kan rumah. Dah la abah dia keje malam.... Rupanya dia sakit peha bekas kena cucuk. Ibu tak bagi dia makan ubat awal-awal sebab malas la nak bagi makan ubat banyak-banyak. Ubat kimia ni bukan elok sangat. Tak mau ajar dari mula. Tapi oleh sebab dia dah sakit terpaksa la bagi. Kesian gak tengok nangis-nangis sampai sedu-sedan...Cian anak ibu ye....




Since cukup 2 bulan ke'galak'kan aufa makin menyerlah. Baru la mesra alam sikit. Kalau tak masam je (Macam ibu dia je... Muka memang camtu dah. Taktau nak buat muka manis cmner. Kalau tengok ibu dia. Memang orang tak berani nak tegur. Nampak masam , sombong. Tapi kalau dah orang tegur , mesti cakap dan sembang. Orang kata muka tak boleh ubah , perangai boleh ubah hihihihihi)
Kalau nak tido dia mesti nak ngamuk dulu baru bleh tido. Pandai menegur orang dah. Tak padan ngan kecik & suka jeling abah dia.


Sempena 'birthmonth' ke 2 ni ibu buat kolaj anak ibu dengan aplikasi muzy.... Kawan-kawan ibu yang nak try boleh klik kat sini. Log in ngan akaun facebook pun boleh.... Ni akaun muzy ibu punya
 ibuaufa.muzy.com ..... Kalau sudi add la...






 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design