Wednesday, October 26, 2011

Inikah Kita ???

Assalamualaikum….


NAK LUAH JUGAK..... 


Minggu ni kita dikejutkan dengan video kanak-kanak di china yang dilanggar 4 kali tanpa dihiraukan oleh orang lalu lalang. Menoleh pun tidak apatah lagi mengangkat , mendukung , mengisahkan dan mencari keadilan mahupun bantuan untuknya. 


Juga berita seorang perempuan muda yang masih bersekolah. Seorang yang menjadi harapan ibu ayah untuk (kalau tidak pun) mengubah nasib diri sendiri telah mengelar seperti ikan sehingga terburai isi perut bayi yang dikandung hasil hubungan zina yang dilakukannya bersama lelaki yang kononnya mencintainya. Jiwa akak sebagai ibu baru sangat-sangat tersentuh …. 

Ya ALLAH…. 

Tak sanggup tengok video-video tu. Hati ni rasa sedih sangat-sangat. Dimana kemanusiaan kita ? Hilang ? Hancur ? Reput ? 

Kasihan kita….. 
Ya ALLAH…. Janganlah Kau hilangkan rasa kasih sayang dan cinta kami….



Kisah Sang Aufa Kesayangan Ibu

Assalamualaikum...


Masa aufa baru lahir dia membuang ok je. 2 , 3 kali sehari tapi bila start masuk hari ke 5 dia lahir langsung taknak berak. 3 hari lpas tu baru berak sekali. Lepas tu opah dia beli ubat air sumbat dalam punggung bagi berak. Memang la kuar taik dia tapi ta bahaya ke benda tu digunakan selalu kepada bayi yang baru. Bila dicucuk dia akan keluar semua angin dan tahi... Memang bagus sbb perut dia tak kembung tapi kesan jangka panjang ??


Time nak mandi. Kover muka dia... Malu ibu snap gambar dia...

Barang 'mekap' dak aufa... Tak sesuai kulit dia ngan bedak segala. Klu pakai bedak kulit dia akan jadi penyakit 'makan air'. Bila bubuh losyen J&J elok je...
Kulit cap apa taktau.... 


Ni lah benda alah yang dicucuk ke punggung dia bagi dia istinjak...

Ni baru sikit dia teran. Seksanya anak ibu...

Padan muka ibu sebab slalu ambik gambar aufa.... Aufa muntah atas henpon ibu... 

Wajah Kecintaan Hamba....

Opppsss.... Dah dekat 2 bulan cukur kpala... Rambut masih belum tumbuh sepenuhnya. 
Tumbuh macam anak pokok tak cukup baja hihihihihihihi....





Minta pada ibu-ibu yang ada pengalaman anak tak berak 2 , 3 hari , sudi-sudikan berkongsi dengan saya...










Kos Sara Hidup Sekarang

Assalamualaikum....

Lapo plak rasa..... Bancuh Super Ipoh White Coffee makan dengan Munchy Wheat Krunch With Collagen. Sedap gak benda alah ni... Kulit pun jadik tegang-tegang makan roti kering ni sebab ada kolagen... hehehehehehehehe....





Sebut pasal kos sara hidup ni... sekarang semua benda mahal. Masa takder anak takder la rasa sangat. Tapi bila ada anak baru nampak. Baru sebut nak dapat bonus atau baru umum nak naik gaji barang dah naik dah. Gaji naik kuatkuasa tahun depan tapi harga barang dah naik dah.... Jenuh la camni... Tokei balak pun bankrap (walaupun tak bankrap). Orang banyak duk sembang yang kos hidup di bandar tinggi. Begitu jugak kos hidup di luar bandar macam gerik ni. Barang-barang yang nak dijual di grik banyak datang dari kilang-kilang di bandar. Kos nak datang ke gerik mahal kerana minyak. Tapi elaun sara hidup tak tinggi. Hemmm.. Nak merungut kang dikata tak bersyukur.

Pampers anak sebulan bukan RM50.00 Kurang-kurang kena beli 2 bungkus besar. rumah pengasuh 1 , rumah sendiri 1. Susu lagi. Bukan nak merungut seolah-olah anak ni menyusahkan tapi perlu juga ada duit lebih untuk ready bila anak sakit ke ape ke. Anak-anak ni benda yang diorang perlukan bukan boleh main tunggu-tunggu. Mak bapak tak bersalin takper asalkan anak cukup keperluannya.

Belum masuk bil-bil lain. Rumah buruk pun sekarang sewa mahal. Kenapa ?? Sebab diorang duk dengar nak naik gaji , nak dapat bonus. Hemmm.... Allahuakbar....Hanya boleh doa murahkan rezeki kita dan anak-anak je...Semua dugaan dari Allah...



p/s  :  Baru ni ada terbaca petua nak murahkan rezeki dari Datuk Dr. Fadhilah Kamsah. Beliau kata semudah berdoa / hadiahkan Al-Fatihah pada ibu bapa...... Subhanallah...





Sunday, October 23, 2011

3 Month Old Baby Girl Ibu

Assalaamualaikum....

Baru abih sidai kain. Baby girl ibu tengah tido. Seskali terkejut macam ada je yang dia tengah mimpi.. Sayang dia ketat-ketat...



Selalu je aufa panas kepala. Akak beli kool fever , bedung dia rapat-rapat dan tempek benda alah tu. Bila pagi kurang skit panas kepala dia.



Saja nak update pasal dak aufa yang dah masuk 3 bulan pada 12.10.2011 hari tu... Tapi pegi cucuk pada 17.10.2011 baru ni. Mula-mula nak cucuk di klinik swasta je tapi boleh pulak ubat untuk cucuk 3 bulan habis... Haish... Ade camtu ? Hahahahaahahaha....

So.... 17hb hari tu bawaklah si ibu akan anaknya ke klinik ibu dan anak gerik untuk dicucuk.... Aufa dengan relaksnyer tido je... Bila kena cucuk ader la terkezut skit. Balik umah takderla nangis tapi akak bagi dia makan ubat tahan sakit + demam dan sapukan minyak kapak dekat sekeliling tempat dicucuk tu. Petang lepas balik keje masa pegi ambik dia kat pengasuh , akak pengasuh tu bagitau dia baru lepas nangis je. Mungkin sebab kena cucuk. Katanya ubat baru jalan...... Sian yo anak omak... Takper la yayunk.... Camtu ler nak besor... Banyak yang perlu ditempuhi... Lesson of life... Tapi akak happy dengan perkembangan aufa selepas sesi timbang sukat dia hehehehehe....

Berat  :  5.95kg (Sikit lagi nak 6 kilo.....)
Panjang  :  62cm (Misi kata sok aufa ni tinggi... Baka abah dia la ni....)
BMI  :  15.5
Lilitan Kepala  :  40cm
Fizikal  : Normal

Alhamdulillah....

Makin besar si aufa ni makin manja.... Dah 2 minggu dia duk ngan pengasuh. Bila antar pagi-pagi masa akak nak pegi keje , elok je. Tapi lepas cukup 3 bulan dah ader tanda-tanda nak nangis kena tinggal... So sweet baby ibu... sian dia... Adik duk ngan mek la ye... Ibu gi keje....

Bila minum susu nak di dakap.... Tido plak tanak dia tido dalam cott dia. Nak tido celah ibu ngan abah...
Haish.... takper... Ibu sayang adik...

Perkembangan Bayi Usia 3 Bulan

Menegakkan kepala dengan stabil - Ader gak skit.... Tapi tak berani bagi duduk sangat...
Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik - Belum teguh genggaman dia
Pola tidur lebih terkawal - Akak paling suka.... Dia dah ok bab-bab tido ni....
Jelas mengenali emak dan ayah - Best... Nampak akak mesti nangis nak dukung...
Mulalah membaca kepada dia sekarang - Boleh dah ek ? Nanti nak cari buku bergambar...
Perkembangan awal bahasa - Stakat ni uuuu aaaa kurrrrr......
Sentuhan menjadi lebih sensitif - Suka dia kalau akak massage dia ngan losyen...
Mula berinteraksi dengan orang lain - Dah kenal ngan mak-mak sedara... Siap pilih-pilih sape yg jadi fav..


Hehehehe.... Abaikan je taik idung tu... tetiba je enterprame bila akak snap gambar aufa petang tadi sebelum mandi.....




 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design