Wednesday, February 13, 2013

Sambal Makerel Dengan Petai

Assalamualaikum...

Resepi eksiden hari khamis (7.2.2013). Niat asal nak buat sambal petai tapi takder 'kawan' nya  (ikan bilis ke , udang memang tak boleh ler sebab akak kan terpaksa 'mengalah' pada makanan laut ni) so tetiba ilham datang (ilham la sangat) nak cmpurkan dengan petai yang beli dalam pinggan kat pasar tani. Hasilnya... SEDAK BOHHH !!!



Jum layan resepi....



Bahan-Bahan :

1 Tin Kecik Markerel Goreng Bercili Ayam Brand
1 Mangkuk Cili Giling
1 Piring Petai (Yang Telah Dikopek)
1 Keping asam keping
Garam Secukup Rasa
Gula Secukup Rasa
2 Sudu Kicap Kipas Udang (Manis)
2 Sudu Sos Cili

Cara-Cara :

Tumis cili sampai masak. Masuk asam keping , garam , gula kicap dan sos.
Masuk petai , markerel.
Bila dan pecah minyak dan rasa semua asam garamnya.
Dah ok... Angkat le....


BEST GILER !!






Tuesday, February 12, 2013

Cucur Manis Manja

2 cawan tepung gandum
3 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan air paip
1 cawan air panas

Caranya

1. Masukkan tepung dalam bekas mengadun.
2. Bancuh gula , garam , air panas dan air sejuk.
3. Satukan semua bahan.
4. Kemudian bolehlah digoreng.

P/s : Shiok giler cicah ngn kuah kari atau sardin....

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design