Sunday, November 13, 2011

Happy 4 Month Old Baby Aufa

Cerita Hati Bonda

Anakku ,
Seumur hidup ibu menunggumu ,
Tanpa dapat membayang 
wajah mu
senyum mu
mata mu
jemari mu

Ibu bertemu abah mu
Jodoh yang telah tertulis
Meniti ibu dan abah ke alam halal
Bersama ibu khabarkan
Akan tidak lama lagi
Bakal menjelma seorang makluk
Manusia kecil milik kita berdua

Yang telah tuhan simpan selama nafas kita
Gadis kecil yang menawan hati
Gadis kecil penyeri hati

Bila kau tumbuh di dalam rahim ini
Dekatnya dirimu dengan hati ibu
Dekatnya kamu dengan rusuk ibu
Dekatnya kamu dengan jantung ibu

Hati ibu yang bakal tertawan olehmu
Rusuk ibu yang ingin melindungi kamu
Jantung ibu yang berdegup kerana kamu

Anakku ,
Kini kau bersama ibu dan abah
Janganlah kau gusar
Usah kau bimbang
Janganlah tertanya-tanya
Siapa yang akan menimang
Siapa yang akan mengasihi
Menyayangi dan melindungi ku ?

Kau hadiah tuhan
Kau amanah rabb
Mata hati
Permata nilam
Kasih dan sayang
Ibu abah....

HAPPY 4 ONTH OLD BABY GIRL IBU.....



Perkembangan Bayi Usia 4 Bulan

1. Makan kurang kerap 
- Selalu 4oz sekarang dah jadi 3oz...Selalu tak habis. Nanti berat turun plak. 28hb Nov ni nak 
pegi timbang berat.

- Pusing ? Ya sambil terlentang.... Meniarap ? Tak pulak.
- Oh tidak sebab abah dia tak bagi. It's a NO NO for him. Tapi ibu suap gak nasi lenyek-lenyek 2 , 3 biji.
- Panjangkan dan masukkan tangan dalam mulut ? Ya... Jolok mulut sampai nak muntah. Objek dah boleh grab tapi belum kuat...
- Dah boleh main sendiri. Buat bunyi-bunyi yang weird....Hemmm....
- Kalau orang sembang ngan dia , reaksi muka tu cam paham. Dia balas dengan senyuman atau bahasa dia.
- Amat tertarik dengan warna merah , biru dan lain-lain warna yang terang.
- Yang ni , ibu cam kecik ati skit... Aufa lebih suka abahnya... Mungkin sebab abahnya selalu layan dia main. Ibu bz slalu.Yela , kena sentiasa pastikan rumah , kain baju , susu , air panas ready. Unstuk kesenangan aufa gak.
- Selalu gak risau sbb ada budak umur cam aufa dah start meniarap sedangkan aufa tolak badan pun 
belum...Ada orang cakap perkembangan budak lain-lain... Hemmm entahlah...




p/s  :  Memasuki bulan ke 5.... Masuk je 6 bulan ibu bagi adik makan nestum , bubur ye...






Friday, November 11, 2011

11.11.2011

Susah nak dapat tarikh ni.....

Have A Nice day !!!!





Thursday, November 10, 2011

Beza Lelaki Dan Perempuan


p/s  :  Memang orang perempuan suka fikir macam-macam sebab perasaan pompuan ni halus.




Saturday, November 05, 2011

Aidiladha 1423 / 2011

Assalamualaikum....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN

Semoga raya korban ini membawa keindahan dan kebahagiaan pada semua saudara seagama ku....

Korang beli ke buat kuih raya ? Akak buat.... Buat kat kedai.... hehehehehe... Takder aper sangat. Kuih bahulu , buah rotan dan tempeyek mini.... Memula beli bahulu memang takut. Takut dapat bahulu yang cam raya puasa hari tu. Keras dan cam basah. FOBIA !!! Rugi duit.... Tapi bila rasa kueh bahulu yang akak beli ni memang HALAL!!. Sebab kuihnya lembut dan sedap. Manis tak manis sangat. Ala-ala manis buah orang kata. Kata adik tu bahulu tu kalau letak je memang habis sebab sedap. Ambik dari kuala ketil , baling. Memang dah dasar tak percaya orang (akak la tu). Tapi beli gak sebekas. Bila balik try sebijik memang pueh ati....


Pagi raya esok nak pegi hospital ipoh melawat adik suami yang kena denggi.
Baru petang tadi kena admit.

Tak dapat bersama di pagi raya sama mak and adik-adik....
Harap-harap balik cepat sebab nak raya ngan diorang...




Thursday, November 03, 2011

Jangan KEDEKUT !!!!

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa… AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu’ & tawadu’ dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story – sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu’ dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu ‘alam

Assalamualaikum,

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … Bismillahirrahmanni rrahim”

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

“Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

‘Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat’. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersa ma :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wassalam


p/s  :  SUBHANALLAH !!!


 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design