Showing posts with label Aufa Auni - Anak Ibu. Show all posts
Showing posts with label Aufa Auni - Anak Ibu. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Nak Besar Camtu Ler

Assalamualaikum..

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. 

Semalam ibu balik keje disambut oleh dak aufa yang demam panas. Mujur juga sebelum balik dari rumah pengasuh , mak pengasuh aufa dan jelum dengan air ais. Tapi malamnya , panas balik. Kuat sangat. Bila diberi susu dia muntah balik bersama dengan kahak dan ada cam benda warna coklat bertali-tali. Malam tu jugak ibu ngan abah aufa bawak dia jumpa doktor. Dapatlah ubat 4 jenis. Lepas makan ubat muntah dengan susu sekali. Kesian anak ibu... Tapi ALHMADULILLAH banyak pulak air masak sejuk yang aufa minum. 



Sambil meneman anak ibunya yang belum makan malam , hanya makan sandwich telur ngan nescafe decaf. Dappp.... kata dak aufa hehehehehe.


Paginya aufa cirit air. Banyak sangat. Bau air badan. Mandikan dia pukul 10.30 pagi. Mak dah petua , kalau kaki dia suam atau panas baru bleh mandi. Kalau kaki dia sejuk , tak boleh mandi sebab panas akan masuk balik. Alhamdulillah , lepas mandi beransur kebah. Makan nasik ngan sayur fav dia pun sesudu je. Tak selera. Susu adalah diminumnya 3 oz. Boleh la daripada kosong langsung perut. Buat lapik ubat. Ibu ngan abah lak sambut merdeka dengan spaghetti cendawan hati duka (sebab anak demam).


Tengahari tadi nampak dak aufa dah ok skit. Dah kebah , peluh-peluh. INSYA ALLAH ... 
Lega skit hati ibu....




Tuesday, August 28, 2012

The Chronicles Of Aufa


Jeng jeng jeng….

Selamat hari raya aidilfitri pada semua ye… Maaf zahir batin… Lama tak bersua dalam ruangan catatan asmidar ni. Sibuk benor bunyinyer.. Puasa pun xder posting-posting. Bak kata orang utara… Tak dan…. Semenjak ada anak ni bz nyer lain. Tak macam dulu. Membela badan , membuang masa je. Sekarang ni nak kena ngekor dak aufa 24/7…. 

Dak aufa pun makin besor makin banyak lak songehnyer.. Tak per.. Camner pun ibu cayank dia…. Jum tengok resume dia skarang. 

Makan & minum : Nak nasik keras. Lembik-lembik aper barang. Lauk fav dia sup sayur ngan dada ayam. Bagus beras herba ponni faiza tu. Betul-betul bina tulang sebab banyak kalsium. Opah n tok aufa tegur rasa hantap badan aufa sebab makan nasik. No prob dik. Ibu akan beli beras tu campur ngan beras jati (sebab abah adik fussy n banyak S.O.N.G.E.H orangnya) janji adik makan nasik k ? Minum masih kurang. Kna paksa. Susu dah tukar ke enfagrow n campur dumex dugro. Banyak perubahan dan perkembangan. Dah pandai tangan tu nunjuk-nunjuk. Tegur sana sini. Dah pandai panggil abah sikit-sikit. Bila nk pnggil ibu dik ?





Habit : Manja usah cakap la.. Bak kata jiran tok dia.. Dia sorang je… Lokek (garang) pun sama naik. Salah sikit mau kena jerit ngan dia. Sekarang ni dah pandai meniti. Nak belajar berjalan. Tempat fav dia nak training berjalan adalah depan tv. Dah la tempat letak tv tu kecik , tv nyer besor. jatuh nanti , bila lak nak beli tv dik oi. Pastu takleh tgk dah iklan..… Pastu suka on off tv sebab tegk ader button merah. Ibu tengah sedap-sedap tengok tv , aufa lak gi on off button dia. Hangennn satu badan. Mau nak kena geletek maut budak ni… Paling pantang kalau ibu letak dalam walker. Nangis sedih gitu. Nak bagi senyap kena bagi handphone atau remote control tv. Tido lak sekarang tak nak dalam buai dah. Kalau dalam buai kena duduk sebelah sebab dia akan berusaha nak berdiri dalam buai. Takut jatuh la… Kena masukkan dalam cot. Bagi susu. Tutup pintu bilik. Biar dia tido sendiri sambil ibu temankan. tapi tak boleh ajak main sebab bila adrenalin dia merembes memang langsung takmau tido. Setakat ni ok lagi. Lepas taktau la kalau dia nak ubah cara dia tido lak. 

Fizikal : Dah ada gigi. 2 bawah , 2 atas. Takder lak kena gigit ngan dak aufa. Tapi dia takkan tunjuk gigi dia kat org.


Ok…. Sekian ye…. Nanti jumpa lagi bila dah ada mood and bahan nak nulis… ASSALAMUALAIKUM…                                                              




Thursday, July 12, 2012

Happy Birthday Aufa Auni !!

HAPPY BIRTHDAY SAYANG !!!


Hari ini 12 Julai 2012
Telah setahun kamu lahir ke dunia ini
Setahun kamu dalam dakapan ibu
Dalam lindungan ibu
Masih dalam pelukan ibu
Sentiasa dalam hati ibu...

Ibu doakan :

- Jadi anak yang solehah

- Sihat walafiat

- Sentiasa dalam lindungan ALLAH

- Dipanjangkan umur dalam keberkatan

- Berjaya dunia akhirat

Aamiin.....

IBU SAYANG YAYANK


Tuesday, June 12, 2012

Another 1 Month She'll Be 1 Year Old Lil' Missy

Assalamualaikum....

Hari ni anak ibu AUFA AUNI dah masuk 11 bulan !!! Yeayyyy !!! Lagi sebulan aufa akan berusia 1 tahun.

Alhamdulillah.... Pejam celik dah besar ye anak ibu. Tapi perkembangan aufa tak sama macam baby 11 bulan lain.

Dalam hati ada jugak risau tapi bila dengar pengalaman ibu-ibu lain (termasuk pengalaman my mum tentang saya semasa bayi.... Hemmmm... Tah la...We will see ya yank !!... Chaiyok chaiyok from ibu...)

Sedikit update tentang AUFA AUNI  :

= Dah blajar meniti.

= Kalau ibu marah , dia marah ibu balik.

= Suka pakai rayban abah dia. Fav thing aufa.

= Tanak makan nasi bubur lagi dah. Nak nasik keras.

= Suka minum kopi.

= Gigi dah mula bertunas.




Pagi hari sabtu... Dah nak start meniti...

Selain syushu , shaye shuker minum kopi...

Posing shekshi...


IBU SAYANG AUFA



Sunday, May 13, 2012

10 Bulan Dia Di Sisi

Assalamualaikum....

12.05.2012 - Dah 10 bulan aufa ibu.... Masih belum merangkak (atau takmau merangkak ?) cuma dah boleh duduk. Berat bontot adik ni..... Takpelah , take your time ye sayang.... Ibu sentiasa untuk yayank...

Sedikit Perkembangan Aufa Auni...

Melakukan pergerakan yang lebih banyak
- Sekarang dah duduk dalam walker... Boleh bergerak skit. Tengah blajar guna kaki semasa dalam walker. 
  Kalau duduk atas lantai dah tegak dan dah suka buat pusingan 360 darjah. 
- Genggaman dan pegangan dah kuat. Suka keronyok kertas , baling mainan sebab nak suruh ibu ambikkan
  (bila buat tak tahu dia akan jerit-jerit panggil mama mama. Mana datangnye mama ni. Ibu la adik...)
- Dah ader peelnya... Buli abah suruh dukung dan duduk kat dapur. Taknak dukung pegi tempat lain.
   Taknak duduk dalam walker. Pandai pulak bersiul (ini abah dia la ni... hemmm...). Suka gelak nganga
   sejak tengok iklan celcom kat central square s.petani.
- Aufa suka bila orang buat bunyi kucing dekat dia tapi kalau kucing betul datang dekat , dia takut !!
- Mulut ni bising je. Khasnya bila malam. Pot pet pot pet. Bila datang mulut murai dia , memang kena bagi
   tidur la jawabnya....




Tido la pulak bila nak bawak jalan-jalan tgk binatang.
Aufa suka katak tangan panjang.

Alimnya...

Apa la ibu ni.... Asyik ambil gambar saya je...

When she scrunch her nose... Soooooo cute !!

Gila spek mata.... Bila nampak spek sua muka je mintak dipakaikan...

Gaya senyum galak celcom hahahahahaha

Spek mata ateh dia...

Dengan ibu (Gambar masa bulan 2)


IBU SAYANG AUFA !!




Monday, March 12, 2012

8 Month Today !!

Assalamualaikum....

The AUFA.... My AUFA....

Officially 8 month today... Happy 8 month sayang....

Ibu sayang aufa OK ?




Sunday, February 12, 2012

Aufa Auni - My 7 Month Old Little Girl

Assalamualaikum...

Hari ni 12.02.2012 genaplah aufa 7 bulan.... Rasa cam baru je habis pantang. Sekarang dah 7 bulan dah.
Sebenarnya aufa belum lagi cucuk 6 bulan. Bukan tak mau cucuk tapi asal nak pegi cucuk je dia mesti demam. Jumaat lepas kena demam panas. 'Garing' badannya.... Baik je demam hari ahad tu , naik sekam pulak. Lambat la pulak baiknya. Hari ni baru je ok. Lepas mandi ngan daun mambu , tido atas daun mambu , minum air kelapa. Bila dah cukup 7 bulan , aufa dah mula 'membebel' bahasa bayi. Ta ta ta ta ta... Bising je mulut dia tapi bila mulutnya membising rasa 'berbunga' dalam hati ibu. Gembira dengan perkembangan anak dara sorang ni. Ya ALLAH , Semoga Kau sihatkan , sejahterakan , gembirakan , tenangkan jiwanya , mudahkan hidupnya , berikan dia kesenangan dunia akhirat pada anakku AUFA AUNI.... Hanya Engkau Ya ALLAH Ya Tuhanku yang maha mendengar , maha mengetahui serta maha memahami akan hamba-hamba Mu... Amin amin amin Ya Rabbal Alamin...

Tapi...

Aufa belum boleh merangkak , belum tumbuh gigi..... Risaunya hati... Normalkah ?






Wednesday, January 18, 2012

Happy 6 Month Aufa Auni

Assalamualaikum....

Lama tak berblog... Sibuk sikit ngan kehidupan duniawi hehehehehe.. Aufa auni makin besar dan cerdik. SYUKUR ALHAMDULILLAH...SEGALA PUJI BAGI ALLAH.. 12.01.2012 (Khamis) hari tu cukup 6 bulan anak ibu.... Aufa dah boleh makan nestum... Berat la sikit perut anak ibu...

Perkembangan Bayi 6 Bulan

Menjelajahi dengan menggunakan tangan - Suka main Ketuk-ketuk orang dengan rattler dan loceng. Dah pandai tukar-tukar mainan kat tangan.

Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan? - Bila bagi barang dia akan ambik ngan tangan kanan dulu. Bagus anak ibu....

Belajar bergolek - Tak boleh dah tinggal sorang-sorang atas katil. Nanti golek-golek jatuh katil lak.

Bayi anda walaupun kecil suka bersosial - Baby lain sembang galak ngan orang tapi aufa sengih jeee...

Main mainan jenis bergilir-gilir - Tak nampak lagi...

Bayi anda yang suka membebel - Membebel sambil jerit-jerit...

Merangsang derianya - Suka gigit barang mainan

Gembira semasa mendengar cerita - Kalau ibu dan abah sembang aufa mendengar dengan teliti...

Menoleh ke arah suara yang dikenali - Bila panggil nama , dia akan menoleh dan senyum.

Duduk dengan sendiri - Boleh duduk tapi masih terhoyong-hayang.

Suka masukkan tangan dalam mulut.


NesTle Cerelac Beras & Susu Dumex Dulac



Ni tido ke berfikir


IBU SAYANG AUFA

Tuesday, December 20, 2011

Happy 5 Month Old Lil' Lady Ibu

Assalamualaikum.... Laling aufa dah tido bolehlah update citer pasal lil' lady ibu dah 5 bulan. Till now aufa masih ada sedikit demam since 12.12.2011 hari tu... Meaning dia belum cucuk untuk 5 bulan. Mungkin end of this week kena bawak dia. Tak boleh lengah-lengah. Kesihatan aufa penting. A little bit tentang perkembangan aufa....



Dapat membedakan warna-warna dasar (mencolok)
- Boleh la... Mudah tertarik dengan warna terang.

Mulai bermain dengan tangan dan kakinya.
- Makanan favourite.... Tangannya.... Sampai basah tangan tu. Pastu lap-lap kat muka ibu... Haishhh...

Dapat mengenali namanya, terutama bila dipanggil.
- Bila ibu panggil AUFA AUNI.... Cepat je dia berpaling.... Dah kenal nama yayunk ye...

Berespon terhadap suara-suara baru yang datang padanya.
- Hobi baru.... Tengok orang tak berkelip....

Dapat berguling dari tengkurap ke depan dan sebaliknya.
- Dah boleh meniarap... Tapi tak lama sangat dalam 5 takpun paling lama 10 minit.... Pastu nangis penat.

Mulai dapat duduk sendiri beberapa saat.
- Dah boleh duduk tapi pastu nak tungging ke depan... Kena pegang... Lesen L lagi dik...

Mulai memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya.
- Takde benda yang dia tak masukkan.... Sampai basah benda tu dibuatnya...

Mulai muncul kecemasan akan perpisahan dengan orang terdekat (biasanya orangtua)
- Jangan la nak tinggal jap mesti taknaknye dia... Tapi yang heran kat umah pengasuh mau lak dia duk sensorang....

- SHE LOVES A B C tapi bila dinyanyikan lagu 25 rasul , anak nabi dia boleh lak buat tak layan....

- Suka kemam-kemam bibir... gatal gusi ke ? Nak tumbuh gigi ke ?

- Tak suka tidor dalam buaian... Nak tido atas katil lak... Bagi susu , tepuk-tepuk sikit terus lena.

- Suka tengok channel Astro Oasis....


Amboi yayunk ibu... Posing...

Marah bila nak tidokan dia dalam buaian...



Sunday, December 04, 2011

04.12.2011 - Gegurl Ibu Demam

Assalamualaikum…

Masuk hari ni dah 2 hari gegurl ibu demam + selesema + batuk. Orang tua-tua kata nak beralih bulan (memang dah nak cukup 5 bulan 12hb ni) , nak dapat apa-apa kemahiran (ececece… cam cikgu kemahiran hidup lak hehehehe). Memang sekarang aufa dah start meniarap cuma tak berapa mahir lagi. Tadi abah dia bawak dia pegi ambik ubat kat klinik Dr.Phuah. Dapat ubat demam , antibiotic dan batuk. Lepas pekena susu sebotol dan ubat pastu nangis manja selagu dua aufa tido smpai petang… Kesan ubat la tu… Kesian anak ibu…

Jum layan gambo...


Takder stroller susah ibu nak buat keje. Sambil buat keje kena tolak dia ikut kemana je ibu buat keje...
Taknak duk sorang sebab duk demam... Anje-anje skit ye yayunk ?


Cepat sembuh ye yayuk ibu.... IBU SAYANG AUFA...





 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design