Showing posts with label Catatan Seorang Asmidar. Show all posts
Showing posts with label Catatan Seorang Asmidar. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Hujan & Banjir

Assalamualaikum...


Dah seminggu hujan turun. Setakat tempat akak ni belum banjir tetapi telah tersebar berita air empangan akan dilepaskan sedikit demi sedikit untuk membendung kenaikan paras air yang agak membimbangkan. Kalau tak dilepaskan dikhuatiri empangan akan pecah dan akibatnya lebih buruk lagi. Ramai yang membayangkan kalau empangan di gerik ni (Bersia , Kenering , Temenggor) pecah seluruh gerik boleh tenggelam (seriau dengar).... Wallahualam.... Betapa kuat dan besar kuasa tersembunyi alam yang selama ini diam. Sekali 'mengamuk' tak terlawan. 

Sesekali kena muhasabah diri. Kemungkinan ini adalah amarah tuhan. Mungkin juga ujian keimanan. 

Selepas hujan , pelangi indah dan menawan menjelma. 

Macamanapun , kena bersyukur hanya hujan yang turun. Tidak bertakung dan tidak datang dengan kuantiti yang banyak seperti yang dihadapi sekarang oleh saudara-saudara kita disebelah pantai timur.
Kasihan anak-anak kecil , wanita dan orang tua. 
Dengarnya air naik sehingga tingkat ke empat sebuah sekolah di Kelantan. Nauzubillah... Hati akak rasa sedih dan risau..

Kalaulah akak ada super power... 

Doa akak mereka berada dalam lindungan Allah S.W.T dan dimudahkan urusan dan keperluan mereka.
Aamiin Aamiin Aamiin... Ya Rabbalalamin...

Layan gambar-gambar yang dikutip dari FB kawan dan kenalan.

Jalan ke Jeli. Dengar cerita pemandunya selamat. Wallahualam...

Gambar dari Jeti Loji Banding , Gerik. Daun yang kelihatan tu sebenarnya pucuk pokok tepi tasik.
Adalah dalam 13 kaki tingginya.
Jeti kedua yang merentangi tasik banding.

p/s  :  Kadang-kadang kita merungut bila hujan. Bila panas pun merungut. Betapa kita ni 'manusia'. Tak pernah cukup , tak pernah puas dan selalu kurang bersyukur.... Astagfirullah...


Friday, November 16, 2012

Cerita Nestle Saya

Assalamualaikum...


Pa habaq ?? Akak okeh-okeh je.... Saje nak crita pasal susu Nestle Omega Plus Dengan Acticol. Alah... susu yang akak pernah buat n3 dulu ni. Susunya sedap dan berkhasiat. Baik untuk kita-kita yang dah start melangkah ke usia 'muda'. Since banyak respon dan view pada artikel susu ni , akak suka la nak berkongsi ngan korang yang susu ni dah ada dalam pack convie. Senang nak minum and bwk kemana-mana. Memandangkan akak ni orang yang 'rajenn' bangat akak sangat happy bila dapat tau syarikat Nestle dah buat pek yang hanya perlu kita koyak plastiknya dan bancuh trus. Rasa susu ni pulak dah ada kurang manis dari sebelum ni tapi masih rasa sedap. kat kotak dia ada tulis untuk mummy preg tak boleh minum ye. So terjawab la pertanyaan akak (masa preg dulu kan akak kena darah tinggi , so akak try tanya kot mana tau mummy preg boleh minum atau tak). Kanak-kanak memang la tak leh minum. Akak (yang berlebihan kelas-terol hihihi ) minum 2 kali sehari. Pagi sebelum pegi keje , sepaket. Malam sebelum tido , sepaket. 



Mari kita jaga diri kita untuk orang yang tersayang...

Hari tu akak rasa berat dan mengah masa naik tangga nak ke opis (slalu memang mengah tapi kali ni rasa lain sgt hehehehe). Kita boleh tau sendiri kalau ada banyak kolesterol atau tak. Pastu akak minum susu ni dalam 2 kali terus rasa okey... Jangan lupa minum tau.... 



p/s  :  Tengah paksa abah aufa minum gak. Liat benor...


Tuesday, September 18, 2012

Cerita Campur-Campur

Assalamualaikum...

Apa kabar sumer ? Doa akak semua sihat sejahtera dalam lindungan 
ALLAH S.W.T... Lama tak ke udara. Nak kata bz idok ler sangat tapi memang tak sempat nak ngolah bahan nak nulih (hahahaha)...

omei omei tak ?

Semalam (17.09.2012) dah tersurat yang akak akan jadi mak ngah lagi (Yeah !!!). Dalam bulan september ni saja 2 kali (Oh Yeah !!).... Alhamdulillah.... Sykur pada Allah adik ipar dan adik sendiri selamat melahirkan cahayamata diorang. Adik ipar munyer ceritanya disini. Yang terbaru (17.09.2012) adik pompuan akak melahirkan baby boy. Nunggu nak gi tengok je tapi malangnya pun ada. Start khamis (6.9.2012) akak kena penyakit eczema. Kulit akak ni memang agak ngengada. Cepat je nak gatal. Nak trace back apa yang akak makan memang tak dapek ler. Mana nak ingat semua dah masuk perut. Tapi so far akak tak pernah sentuh makanan yang memang di 'haram'kan bagi kesihatan akak iaitu seafood (udang,sotong,ketam) tapi orang kata malang memang tak berbau. Dah nasib nak jadi gini. Ada dosa yang tuhan nak hapuskan tu. Mak akak bagitau ader anak kawan dia pun kena camni. Dia try petua menggunakan 'ati abu'. Ati abu tu adalah abu yang duduk tengah-tengah bekas puntung kayu dibakar. Ambik masukkan dalam bekas dan masukkan air. Sapu kat tempat yang kena penyakit tu. Rasa pedih-pedih , panas.



Very itchy itchy.... arghhhh


Kawan-kawan , abang-abang , akak-akak , adik-adik doakan akak sembuh yer... Risau penyakit ni berjangkit pada my lil' princess THE AUFA AUNI.... Allah saja yang dapat membalas kebaikan kalian....


Wednesday, August 29, 2012

Thursday, June 28, 2012

Cadang-Cadang...


Rasa macam nak buat blog review sebagai penghargaan kepada followers. Blog ni takderla seberapa sangat tapi ader gak yang mem'polo'... Mekasih ye !!!


Sunday, May 13, 2012

10 Bulan Dia Di Sisi

Assalamualaikum....

12.05.2012 - Dah 10 bulan aufa ibu.... Masih belum merangkak (atau takmau merangkak ?) cuma dah boleh duduk. Berat bontot adik ni..... Takpelah , take your time ye sayang.... Ibu sentiasa untuk yayank...

Sedikit Perkembangan Aufa Auni...

Melakukan pergerakan yang lebih banyak
- Sekarang dah duduk dalam walker... Boleh bergerak skit. Tengah blajar guna kaki semasa dalam walker. 
  Kalau duduk atas lantai dah tegak dan dah suka buat pusingan 360 darjah. 
- Genggaman dan pegangan dah kuat. Suka keronyok kertas , baling mainan sebab nak suruh ibu ambikkan
  (bila buat tak tahu dia akan jerit-jerit panggil mama mama. Mana datangnye mama ni. Ibu la adik...)
- Dah ader peelnya... Buli abah suruh dukung dan duduk kat dapur. Taknak dukung pegi tempat lain.
   Taknak duduk dalam walker. Pandai pulak bersiul (ini abah dia la ni... hemmm...). Suka gelak nganga
   sejak tengok iklan celcom kat central square s.petani.
- Aufa suka bila orang buat bunyi kucing dekat dia tapi kalau kucing betul datang dekat , dia takut !!
- Mulut ni bising je. Khasnya bila malam. Pot pet pot pet. Bila datang mulut murai dia , memang kena bagi
   tidur la jawabnya....




Tido la pulak bila nak bawak jalan-jalan tgk binatang.
Aufa suka katak tangan panjang.

Alimnya...

Apa la ibu ni.... Asyik ambil gambar saya je...

When she scrunch her nose... Soooooo cute !!

Gila spek mata.... Bila nampak spek sua muka je mintak dipakaikan...

Gaya senyum galak celcom hahahahahaha

Spek mata ateh dia...

Dengan ibu (Gambar masa bulan 2)


IBU SAYANG AUFA !!




Thursday, March 08, 2012

Manusia Kurang Ajar !!!

Assalamualaikum...


Baru lepas terima panggilan telefon dari mamat haram mana tak tau. Kol cakap lucah. Patutla cakap macam berbisik. Rupanya tengah duk stim baik punya. Tanya nama , anak berapa pastu tanya part sulit-sulit.


Gerammmmmmmmmmmmmmmmnya !!!!!!!!!!






Wednesday, December 14, 2011

Kisah Ibuku Dan Aku


Aku telah mempunyai anak.
Anakku menangis minta susu , sepertimana aku lapar semasa kecilku.
Anakku bermanja denganku , sepertimana aku semasa kecil dengan ibuku.
Anakku menangis semasa terjaga dari tidur , sama sepertiku semasa tidurku.

Kini masanya ,
Ibuku meminta sedikit rezekiku , yang mana ada didalamnya bahagian ibuku.
Ibuku meminta belai kasihku , yang mana aku telah terhutang dengannya.
Ibuku meminta sedikit masaku , yang mana aku mungkin tak terbayar...

Bila ibu minta duit.... Ibu bukan mata duitan
Bila ibu minta belaian... Ibu bukan beri betis nak peha
Bila ibu minta masa .... Ibu bukan belanda minta tanah

Sebab ibu tak pernah minta bayaran dari kita Sekalipun kita berhutang nyawa dengan IBU .......

Mak , halalkan tak susu mak , kasih sayang mak dan hidup mak ? 

Hutang dulu yer... bayar ansur-ansur....

Khbasah Binti Che Ani...... TERIMA KASIH KERANA LAHIRKAN , BESARKAN Siti Shahidatul Asmidar DENGAN SUSAH PAYAH....

HARGA : TAK TERBAYAR....




Friday, November 11, 2011

11.11.2011

Susah nak dapat tarikh ni.....

Have A Nice day !!!!





Thursday, November 10, 2011

Beza Lelaki Dan Perempuan


p/s  :  Memang orang perempuan suka fikir macam-macam sebab perasaan pompuan ni halus.




Saturday, November 05, 2011

Aidiladha 1423 / 2011

Assalamualaikum....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN

Semoga raya korban ini membawa keindahan dan kebahagiaan pada semua saudara seagama ku....

Korang beli ke buat kuih raya ? Akak buat.... Buat kat kedai.... hehehehehe... Takder aper sangat. Kuih bahulu , buah rotan dan tempeyek mini.... Memula beli bahulu memang takut. Takut dapat bahulu yang cam raya puasa hari tu. Keras dan cam basah. FOBIA !!! Rugi duit.... Tapi bila rasa kueh bahulu yang akak beli ni memang HALAL!!. Sebab kuihnya lembut dan sedap. Manis tak manis sangat. Ala-ala manis buah orang kata. Kata adik tu bahulu tu kalau letak je memang habis sebab sedap. Ambik dari kuala ketil , baling. Memang dah dasar tak percaya orang (akak la tu). Tapi beli gak sebekas. Bila balik try sebijik memang pueh ati....


Pagi raya esok nak pegi hospital ipoh melawat adik suami yang kena denggi.
Baru petang tadi kena admit.

Tak dapat bersama di pagi raya sama mak and adik-adik....
Harap-harap balik cepat sebab nak raya ngan diorang...




Wednesday, October 26, 2011

Inikah Kita ???

Assalamualaikum….


NAK LUAH JUGAK..... 


Minggu ni kita dikejutkan dengan video kanak-kanak di china yang dilanggar 4 kali tanpa dihiraukan oleh orang lalu lalang. Menoleh pun tidak apatah lagi mengangkat , mendukung , mengisahkan dan mencari keadilan mahupun bantuan untuknya. 


Juga berita seorang perempuan muda yang masih bersekolah. Seorang yang menjadi harapan ibu ayah untuk (kalau tidak pun) mengubah nasib diri sendiri telah mengelar seperti ikan sehingga terburai isi perut bayi yang dikandung hasil hubungan zina yang dilakukannya bersama lelaki yang kononnya mencintainya. Jiwa akak sebagai ibu baru sangat-sangat tersentuh …. 

Ya ALLAH…. 

Tak sanggup tengok video-video tu. Hati ni rasa sedih sangat-sangat. Dimana kemanusiaan kita ? Hilang ? Hancur ? Reput ? 

Kasihan kita….. 
Ya ALLAH…. Janganlah Kau hilangkan rasa kasih sayang dan cinta kami….



Kos Sara Hidup Sekarang

Assalamualaikum....

Lapo plak rasa..... Bancuh Super Ipoh White Coffee makan dengan Munchy Wheat Krunch With Collagen. Sedap gak benda alah ni... Kulit pun jadik tegang-tegang makan roti kering ni sebab ada kolagen... hehehehehehehehe....





Sebut pasal kos sara hidup ni... sekarang semua benda mahal. Masa takder anak takder la rasa sangat. Tapi bila ada anak baru nampak. Baru sebut nak dapat bonus atau baru umum nak naik gaji barang dah naik dah. Gaji naik kuatkuasa tahun depan tapi harga barang dah naik dah.... Jenuh la camni... Tokei balak pun bankrap (walaupun tak bankrap). Orang banyak duk sembang yang kos hidup di bandar tinggi. Begitu jugak kos hidup di luar bandar macam gerik ni. Barang-barang yang nak dijual di grik banyak datang dari kilang-kilang di bandar. Kos nak datang ke gerik mahal kerana minyak. Tapi elaun sara hidup tak tinggi. Hemmm.. Nak merungut kang dikata tak bersyukur.

Pampers anak sebulan bukan RM50.00 Kurang-kurang kena beli 2 bungkus besar. rumah pengasuh 1 , rumah sendiri 1. Susu lagi. Bukan nak merungut seolah-olah anak ni menyusahkan tapi perlu juga ada duit lebih untuk ready bila anak sakit ke ape ke. Anak-anak ni benda yang diorang perlukan bukan boleh main tunggu-tunggu. Mak bapak tak bersalin takper asalkan anak cukup keperluannya.

Belum masuk bil-bil lain. Rumah buruk pun sekarang sewa mahal. Kenapa ?? Sebab diorang duk dengar nak naik gaji , nak dapat bonus. Hemmm.... Allahuakbar....Hanya boleh doa murahkan rezeki kita dan anak-anak je...Semua dugaan dari Allah...



p/s  :  Baru ni ada terbaca petua nak murahkan rezeki dari Datuk Dr. Fadhilah Kamsah. Beliau kata semudah berdoa / hadiahkan Al-Fatihah pada ibu bapa...... Subhanallah...





Tuesday, July 05, 2011

ECPI Anggun

Assalamualaikum.....

Sajer nak citer tentang ECPI ANGGUN..... Sebelum pregnant memang pakai produk kecantikan NOUR AIN....  Harga not bad dan memang sesuai ngan kulit muka. Bila dah preg tak berani nak pakai lagi sebab takut bahan kimia dalamnya membahayakan baby....

Akak try ECPI ANGGUN baru je lagi. Dalam seminggu gitu (tupun dah 36 weeks). Dekat nak bersalin
dah pun tapi perubahan memang agak ketara. Kulit yang dulu cerah dah jadi kusam (mungkin pembawakan budak dan memang takder tempek aper-aper kat muka. Cuma cuci muka ngan Biore Men Deep Clean Action je)  sekarang dah makin cerah.



Memula sapu rasa cam nak jerit. Pedih dan panas. Pastu dapat idea campur ngan air ECPI.

1 bahagian ECPI ANGGUN : 3 bahagian air ECPI

Pastu takder la rasa pedih sangat. Air ECPI pun memang bagus dibuat sapu muka. Khasnya bila nak pakai foundation. Titikkan 2 , 3 titik air ECPI ke foundation korang pastu ratakan kat tangan dan terus sapu kat muka. Muka akan nampak sangat lembab dan cerah.




Sekarang tiap malam pakai. Lepas mandi dan sebelum tido. 



 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design