Showing posts with label Catatan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kesihatan. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Cerita Nestle Saya

Assalamualaikum...


Pa habaq ?? Akak okeh-okeh je.... Saje nak crita pasal susu Nestle Omega Plus Dengan Acticol. Alah... susu yang akak pernah buat n3 dulu ni. Susunya sedap dan berkhasiat. Baik untuk kita-kita yang dah start melangkah ke usia 'muda'. Since banyak respon dan view pada artikel susu ni , akak suka la nak berkongsi ngan korang yang susu ni dah ada dalam pack convie. Senang nak minum and bwk kemana-mana. Memandangkan akak ni orang yang 'rajenn' bangat akak sangat happy bila dapat tau syarikat Nestle dah buat pek yang hanya perlu kita koyak plastiknya dan bancuh trus. Rasa susu ni pulak dah ada kurang manis dari sebelum ni tapi masih rasa sedap. kat kotak dia ada tulis untuk mummy preg tak boleh minum ye. So terjawab la pertanyaan akak (masa preg dulu kan akak kena darah tinggi , so akak try tanya kot mana tau mummy preg boleh minum atau tak). Kanak-kanak memang la tak leh minum. Akak (yang berlebihan kelas-terol hihihi ) minum 2 kali sehari. Pagi sebelum pegi keje , sepaket. Malam sebelum tido , sepaket. 



Mari kita jaga diri kita untuk orang yang tersayang...

Hari tu akak rasa berat dan mengah masa naik tangga nak ke opis (slalu memang mengah tapi kali ni rasa lain sgt hehehehe). Kita boleh tau sendiri kalau ada banyak kolesterol atau tak. Pastu akak minum susu ni dalam 2 kali terus rasa okey... Jangan lupa minum tau.... 



p/s  :  Tengah paksa abah aufa minum gak. Liat benor...


Tuesday, September 18, 2012

Cerita Campur-Campur

Assalamualaikum...

Apa kabar sumer ? Doa akak semua sihat sejahtera dalam lindungan 
ALLAH S.W.T... Lama tak ke udara. Nak kata bz idok ler sangat tapi memang tak sempat nak ngolah bahan nak nulih (hahahaha)...

omei omei tak ?

Semalam (17.09.2012) dah tersurat yang akak akan jadi mak ngah lagi (Yeah !!!). Dalam bulan september ni saja 2 kali (Oh Yeah !!).... Alhamdulillah.... Sykur pada Allah adik ipar dan adik sendiri selamat melahirkan cahayamata diorang. Adik ipar munyer ceritanya disini. Yang terbaru (17.09.2012) adik pompuan akak melahirkan baby boy. Nunggu nak gi tengok je tapi malangnya pun ada. Start khamis (6.9.2012) akak kena penyakit eczema. Kulit akak ni memang agak ngengada. Cepat je nak gatal. Nak trace back apa yang akak makan memang tak dapek ler. Mana nak ingat semua dah masuk perut. Tapi so far akak tak pernah sentuh makanan yang memang di 'haram'kan bagi kesihatan akak iaitu seafood (udang,sotong,ketam) tapi orang kata malang memang tak berbau. Dah nasib nak jadi gini. Ada dosa yang tuhan nak hapuskan tu. Mak akak bagitau ader anak kawan dia pun kena camni. Dia try petua menggunakan 'ati abu'. Ati abu tu adalah abu yang duduk tengah-tengah bekas puntung kayu dibakar. Ambik masukkan dalam bekas dan masukkan air. Sapu kat tempat yang kena penyakit tu. Rasa pedih-pedih , panas.



Very itchy itchy.... arghhhh


Kawan-kawan , abang-abang , akak-akak , adik-adik doakan akak sembuh yer... Risau penyakit ni berjangkit pada my lil' princess THE AUFA AUNI.... Allah saja yang dapat membalas kebaikan kalian....


Wednesday, March 09, 2011

Pisang Oh Banana

Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.
1. Sebagai sumber tenagaPisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar
Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah
Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan
pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi
Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'bana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. menambah nafsu makan
Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.



 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design