Showing posts with label Kenangan Puasa 1431 (2010). Show all posts
Showing posts with label Kenangan Puasa 1431 (2010). Show all posts

Tuesday, September 07, 2010

Hari Ke-28 (07.09.2010)

Salam...


Tinggal lebih kurang 2 hari kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Amacam persiapan korang ?Akak biasa-biasa jer....Hari ni baru dapat tudung yang matching ngan baju hehehehhe... Ader la beli kuih tat nenas gulung sebekas , kerepek pisang dua bungkus , cheese cake 1. Sok tengok ler kot-kot ader yang berkenan...Esok nak buka kat umah mak. Adik-adik sumer ada...Meriah gituew...Sahur kang makan twister KFC...Tak selera makan nasik dah..hohohohoho





Hari Ke-27 (06.09.2010)

Salam....

Hari demam...Tak larat hapdet....Pening...

Bye...Camat Berbuka...


Sunday, September 05, 2010

Saturday, September 04, 2010

Hari Ke-25 (04.09.2010)

Salam....

Today birthday my father yang ke 58 tahun..

SELAMAT HARI LAHIR PADA
ENCIK SAAIDIN BIN WAN AHMAD

Love U Ayah.....


p/s  :  Malam ni nak pegi tengok anak sedara my b...Maybe kitorang akan jaga dia..


Hari Ke-24 (03.09.2010)

Salam...

Hari ni nak pegi loji air pulau banding teman my hubby keje. Kitorang tido sana...

Daaaaaaaaa.....


Thursday, September 02, 2010

Hari Ke-23 (02.09.2010)

Salam...

Ngantuk la ari ni...Sakit belakang...Panas....bla bla bla **^%^%^$##@*(&$@!#%^%(*()

Hurm.......Merungut la pulak...Inikan dugaan...

Keje dah banyak siap...nak raya mesti hati senang der......

Nak berzikir jap (Tido la) hohohohoho.........


Hari Ke-22 (01.09.2010)

Salam...

Hari ni dah masuk hari ke 22. Dalam 8 hari lagi syawal pun akan menjelma.Mak bulan pun dah dekat due
nak bersalin anak bulan (hahahaha).

Macamana persiapan raya korang ? Akak biasa-biasa je. Baju raya dah ada cuma nak beli kuih sikit-sikit.
Tapi ingat nak beli kuih makmur , tat , kerepek-kerepek , bahulu . Beli sikit-sikit je. Beli sebekas je kot
sebab takut tak habis. Membazir je. My B plak nak suruh buat nasi ayam dengan mee kari untuk budak-budak bola dia nak datang beraya lepas sembahyang raya.

Akak suka rendang ayam mak akak. Ingat nak beli ayam ngan bahan-bahan rendang pastu buat rendang ngan mak akak di rumah. Ketupat mak akak paling best.

Pe makanan raya yang korang suka ?


Wednesday, September 01, 2010

Hari Ke-21 (31.08.2010)

Salam....

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Negara Malaysia Ke-53 (Mak akak pun umur 53 tahun)

Marilah kita menjaga negara kita dari dijajah semula dari anasir luar dan dari dalam negara.
Bukan setakat penjajahan negara malah penjajahan pemikiran . Negara ini tidak dibina dengan mudahnya. Pertumpahan darah telah bermula sejarah zaman kesultanan melayu melaka demi menjaga kedaulatan tanah melayu.


Sunday, August 29, 2010

Hari Ke-19 (29.08.2010)

Salam...

Today rasa tak larat...Rasanya sebab kurang air kot...

Korang banyak minum air k...Malam-malam banyak minum air kosong. Sekarang kan time puasa badan akan kekurangan air. Macam akak sekarang tengah sakit sebab kurang air.

Esok keje...


Saturday, August 28, 2010

Hari Ke-18 (28.08.2010)

Salam...

Today nak gi berbuka umah my mum. My B keje sampai pkul 11 malam ni.

Tadi akak tengok gambar budak kat kelantan yang disembelih bapanya yang sakit mental. Kesian...Matanya terbuka. Menahan kesakitan semasa disembelih bapanya agaknya.Gambarnya tak boleh diletakkan kerana menghormati perasaan keluarga Allahyarham. Sedih hati akak tengok. Takpelah...Dia sekarang dah bahagia disisi Allah..

Pada keluarga Allahyarham banyak-banyakkan bersabar. Nak salahkan si ayah pun tak boleh juga sebab ayahnya pun diluar kawalan. Semua telah ditakdirkan. Ada hikmah disebalik apa yang Allah telah jadikan...

Marilah kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah pada Allahyarham...


Hari Ke-17 (27.08.2010)

Salam...

Dah masuk hari ke 17 kan ? Ramadhan akan meninggalkan kita dalam lebih kurang 13 hari lagi.Bukan raya yang kita akan rindui tapi ramadhan yang banyak kenangannya....

Betapa syahdu dan damainya ramadhan yang sedang kita harungi...Tiap sesuatu itu pasti akan ada akhirnya. Raya hanya sekejap tetapi ramadhan adalah selama sebulan..Tak ada persamaan bulan lain dengan bulan ramadhan..

Wahh..Emo emo lak..Today just as normal as other day. Chores untuk hari raya belum dirangka lagi. Masa duk umah mak dulu (masa anak dara ler..) sebelum raya akak akan panggil adik bradik pompuan (6 termasuk akak) untuk meeting dan bahagi tugas untuk hari raya...

Ahh..betapa seronoknya waktu adik-adik kecil dulu..Happy je kitorang. Tak payah nak kuar main ngan orang lain. Kitorang main hantu-hantu , masak-masak , cikgu-cikgu , pertandingan karaoke , peguam-peguam  fesyen-fesyen , buat baju untuk anak patung dll.. Believe it or not pertandingan kitorang maen siap dengan hadiah lagi. Mastermindnya akak la hohohoho...Akak dulu jaga adik-adik sebelum dapat keje. Mak ayah akak keje.Tapi sumer dah besar. Tu belum semua dah berumah-tangga. Kalau sumernya dah kawen lagi la tak sempat nak jumpa.

Hurmmm...Kalau boleh balik masa tu best sangat.


LoVe YoU aLl !!


Thursday, August 26, 2010

Hari Ke-16 (26.08.2010)

Salam...

Today ader citer lucu. My Bos is chinese. Ader sorang hamba Allah ni datang skolah nak pasang astro.Dia pun masuk opis nak jumpa GB. Sempat dia toleh dan kata kat akak "Ksian guru besar tido. Penat puasa kot"

Akak pandang PAP aka my freind and kitorang bantai gelak sampai berair mata coz my GB is chinese and dia bukannya puasa.

Bila adik tu kuar dari bilik Gb akak tanya dia "Adik ader tanya dia posa tak ?" Dia trus blah sambil senyum simpul kuda hahahahaha...Sian dia (Jahat btol aku gelak kat orang)

Today dapat carri som tam (YayYY!!)

OOOOOppppppsss!! Belum masak nasi..

Chow....

Salam....

Selamat Berbuka........


Wednesday, August 25, 2010

Hari Ke-15 (25.08.2010)

Duit Raya RM500.00 Untuk Kakitangan & Pesara

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

Hurrayyyyyyyyyyyyyyyyy !!!!!

Alhamdulillah..........Dapat jugak sikit daripada takder langsung...

Terima kasih Tok Najib !!


Tuesday, August 24, 2010

Hari Ke-14 (24.08.2010)

Salam..

Hari ni masak sendiri...My B nak makan sambal ikan , sayur air petola.

Yea !!!!!!! Esok gaji hehehehehehe...


Hari Ke-13 (23.08.2010)

Salam...

Hari ni terasa sedih sangat...Tengok anak-anak yang tak berdosa dibuang macam buang sampah.Tak dipeduli , tak dikasihani...Sedangkan mereka tak minta dilahirkan. Mereka dilahirkan dari desakan nafsu , tawanan iblis.

Saper-saper yang rasa nak buang tu bagitaulah saya . E-mail bagitau kat saya (asmidartaharin@hotmail.com) Jangan buang-buang macamtu je. Siap bunuh lagi.Korang tak layak ambik nyawa anak yang suci tu. Bagi kat saya. Saya akan jaga , peluk , kucup ,  sayang anak yang tak berdosa tu.

Hari ni memang tak best sgt-sgt...Sedih...


Monday, August 23, 2010

Hari Ke-12 (22.08.2010)

Salam...

Hari ni berbuka dengan keli masak pedas , paru-paru goreng berlada , air peel fresh . Rajin kan aku ?? My B keje lg...Penat skit ari nih...Macam nak sakit je rasa...

Hurmmmmmmmmmm....Tido awal la...Bye...


Saturday, August 21, 2010

Hari Ke-11 (21.08.2010)

Salam...

Hari ni buat nasi ayam. Hantar rumah mother in law. So ari ni berbuka ngan nasi ayam , kurma mariami ngan air peel fresh oren hehehehehe.
My B keje...Pkul 11 kang dia balik.

hurmmmmmm..tatau nak cakap pe lagi..


Friday, August 20, 2010

Hari Ke-10 (20.08.2010)

Salam..

Dah 10 hari kita berpuasa kan ? Pejam celik pejam celik dah 10 hari...Syukurlah kita diberi kesempatan menikmati bulan ramadan kali ini. Buatnya dah sampai masa kita akan pejam tak celik-celik plak.

Hari ni pegi bazar ramadan sorang-sorang my B terpaksa pegi loji air dia sebab tangki runtuh...
Pelik gak sebab tangki tu bukannya kecik tapi besor gajah. Pe nak buat kan dah suratan nak jadi camtu.

Hari ni makan asam pedas tempoyak ikan patin , somtam ngan asam pedas keladi. Lama tak makan onde-onde so sambar la satu. Minum lak air laicikang...




Tengok !!! Aperkah di bawah  ini ??



suker la..sedap...milo breakfast cereal



Today ader sorang cikgu tu tanya "Kak , bila dapat gaji ?"

Korang bayangkanlah....

Cikgu tu baru lapor diri 16hb ogos 2010 dah tanya pasal gaji. MAK AII !! Memang nak bagi pahala aku makan Jus Diet Mate 5 la ni. Kecik-kecik je aku tengok cikgu tu. Kalau adik aku dah lama aku lambung naik atas kabinet. Biar takleh turun.

Takper , takper.....

Aku bantai gelak jer (cover line naik hangeng). Aku cakap "Cikgu , cikgu kan baru lapor diri tak sampai seminggu. Takkan dah tanya pasal gaji ? Barang-barang cikgu (dokumen perlantikan) lain sume dah ada cuma surat tawaran perlantikan dari KPM belum sampai. Kalau takder benda alah tu tak bleh buat gaji sebab kat situ ader tawaran gaji. Ader paham ? (kot dia nak aku cakap cina , maap le aku tak reti cakap cina).

BENGANG TAHAP BANGANG !!!


Hari Ke-9 (19.08.2010)

Salam...

Dah masuk hari ke 9..hari ni biasa-biasa je. Berbuka kat umah sendiri..Penat asyik buka kat umah orang. Ari ni buka ngan sambal udang petai (hubby punyer) , ayam masak kicap , sayur campur . Semua hubby masak (suami mithali....hehehehehe)



Gambar ni pinjam kat Dato' Google

Malam ni lak ada citer hantu DURJA NINGSUN tapi hantu tu yang tengok aku...Ngantuk..hehehehehe..


Thursday, August 19, 2010

Hari Ke-8 (18.08.2010)

Assalamualaikum............

Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan eh...hehehehehe..Salam ramadan semua...Sedar ke pengsan ke kita dah masuk hari ke 8...These past 8 days banyak yang berlaku...Anyway , my week is ok...
Berbuka kat rumah in law...Ader buat tahlil skit..Lambat nak update untuk hari ke 8 sebab lambat balik...Penat n ngantuk...Tido trus... Ni dah bangun sahur..Baru ingat nk update hehehehe...So...nak g mandi pastu nak g keje...salam...


 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design