Monday, August 02, 2010

Nesvita Omega Plus Acticol


KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.

Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.

Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat seperti susu yang mengandungi sterol tumbuhan.

Namun, kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan susu sebagai diet tambahan masih rendah berbanding negara-negara lain.Hakikatnya, susu mempunyai kalsium tinggi untuk membantu tulang yang kuat.

Menurut Penjenamaan Kanan, Unit Perniagaan Susu Nestle Products Sdn. Bhd, Lam Pui Yuee, negara-negara Barat kerana masyarakat di sana menjadikan amalan meminum susu sebagai makanan utama dalam kehidupan harian mereka.

"Meminum susu merupakan cara terbaik dan paling mudah untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.

Amalan ini memperlahankan kehilangan kalsium dalam tulang sekali gus mengelak daripada masalah osteoporosis," katanya yang ditemui di pejabat Nestle yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Perlu diingatkan bahawa semakin meningkat usia kita, tulang akan kehilangan lebih banyak kalsium dan ketika itu akan berlaku pelbagai penyakit kerana ketahanan badan turut berkurangan.

Dua gelas sehari membekalkan 100 peratus saranan pengambilan kalsium setiap hari untuk orang dewasa yang berumur 19 hingga 50 tahun.

"Misalnya susu Nesvita Omega Plus Acticol dihasilkan melalui serat tumbuhan yang boleh didapati secara semula jadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, legum, kacang dan bijian.

Bahan-bahan ini menghalang penyerapan kolestrol dari usus kecil ke dalam aliran darah.

Kajian membuktikan, dua gelas susu ini membekalkan 1.2 gram sterol tumbuhan dan boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak tujuh peratus dalam 30 hari," ujarnya.


p/s  :  Penuaan bermula pada usia 20an (Akak dah lebih
          20 la) . Jagalah diri anda untuk menjaga keluarga.
          Akak minum susu ni. Bagus... Rasa lebih sihat.
          Sedap lak tu...:D

12 comments:

  1. boleh bantu kuruskan badan gak ke?

    ReplyDelete
  2. kesan sampingan susu ni boleh menyebabkan kerap buang air besar ke.....

    ReplyDelete
  3. boleh menyebabkan kerap buang air besar ke...

    ReplyDelete
  4. saya dah minum susu ni tapi kerap buang air besar....adakah itu kesan sampingan untuk membuang lemak kolesterol melalui najis?

    ReplyDelete
  5. susu ni sesuai untuk pesakit kencing manis juga ke

    ReplyDelete
  6. sy pun tak pasti tapi mungkin kolesterol dibuang melalui najis dan air kencing. kencing manis ? mungkin juga sbb kolestrol bnyak boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

    ReplyDelete
  7. salam saya dh cuba susu ni lbh kurang 3 hr yang lalu memang best sgt..sb sy ni kategori orang yang badan agak gempal dan sukar mengawal selera makan tetapi setelah mencuba susu ni saya dapati saya jadi kurang selera makan n nafsu makan mmg boleh kawal sangat..dan yang paling penting masalah pembuangan air besar saya pun dah pulih n proses pembuangan tersebut berlaku dengan baik sekali...saya amat berpuas hati sangat kerana telah menemui satu produk yang selamat dan berkesan untuk mengawal selera makan..kepada insan-insan di luar sana yang masih mencari2 cara untuk mengawal nafsu makan anda disamping baik untuk kesihatan saya syorkan sangat2 agar anda mencuba susu ini dan pasti anda akan berpuas hati dengannya...

    ReplyDelete
  8. saya pn dh minum, sbab sya gastrik...

    ReplyDelete
  9. susu ni sangat sedap..sebelum ni kt mmg penakut nak minum susu...asyik minum milo tambah pemanis je...tapi susu ni mmg sgt sedap smp jadi addicted...kesan die asyik nak membuang jer...betul ker ek?

    ReplyDelete

Silalah mengomen

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design