Monday, August 30, 2010

Melayu Kita

Selamat wahai bangsaku Selamat kita berjuang
Ketuanan melayu kini dipijak
Oleh kaki kaki hitam lagi berdaki
Akan mengapa ada melayu yang hanya memandang
Ketawa ketawa yang kegirangan
Gembira melihat maruah bangsa
Teresak tangis terhenyak terpijak

Kita semakin menjadi bangsat
Bangsat di tanah tok nenek
Waspada wahai bangsaku
Akan lakonan-lakonan yang dikata sahabat-sahabat

Agama islam kita junjung atas batu jemala
Kukuh terjunjung jalannya mendongak
Laungan Allahhuakbar
Teriak teriakan
Tangis derita kita tinggalkan dalam kalbu
Buat pedoman dan ingatan
Bukan dilupakan

Marilah wahai melayuku
Eratkan genggaman tangan
Ayunnya biar sebaris
Kukuh dan berjanji

Wahai semangat melayu
Bangun dan rasuk kembali jiwa kami
Jiwa jiwa anak-anak melayu
Yang lemah tergadai
Jiwa kotor kerana syurga dunia

Gerik
1007PM

SELAMAT MERDEKA !!

Hari Ke-20 (30.08.2010)

Salam...

Hari ni dah masuk 20 hari berpuasa..10 hari je lagi aidilfitri pun akan menjelma.Nak citer sehingga hari ni bermula tahun 2005 dah dekat 20 email yang akak terima tentang nak share duit
untuk nak cash duit beratusmillion dalam bank kat burkina faso lah , hong kong lah.Baru-baru ni kan kuar berita orang kena tipu kes ni lah. Tadi je check email ader lebih kurang 7 email yang
merayu-rayu kononnya tak dapatnak cair kan aset husband lah abang lah. So diorng pun kirim email dekat bakal mangsa-mangsa penipuan ini untuk bantu diorng cairkan duit tu n nak bahagi sama rata dengan bakal mangsa.

Nampak tak ??
Terang lagi bersuluh dengan torchlight enegizer bohong. Mana ada orang murah hati nak share-share duittambah-tambah lak ngan orang luar. Bakal mangsa yang bodoh ni pun percaya dan rabun kambing dengan rayuan dan jumlah duit yang dibgtahu.

Actually akak pernah kena sekali tapi bukan salah akak. Akak tak pernah jawab sms cabutan bertuah nnombor handphone atau email yang ngarut-ngarut camni. Meraung gak cam histeria.

Cuma akak try nak daftar Maybank2u.com. Tak sangka security policy bank ni lemah sangat sampai orang boleh buat laman web palsu. Konon nak buat perbankan internet tapi keselamatan pelanggan-pelanggan tak dapat diorang beri jaminan yang kukuh. Senang-senang je diorng cakap depan muka akak yang diorang
takkan ganti dan bukan salah diorng. Kalau bank dah tak selamat , kat mana lagi kita nak simpan duit ?

Lepas duit akak kena ambik dari akaun sebanyak lebih kurang RM2000.00 trus akak canceledkan kad ATM. Akak buat laporan polis. Pihak bank trace transaksi duit tu. Rupanya dah sampai ke INDOSIAL. Syukur dia tak sempat ambik duit gaji akak. ALHAMDULILLAH....Diorang ni memang jahat ye.Akak pun call Maybank KL tapi ditendang-tendang akak merata-rata. Banyak karenah diorang. Memang tak bertanggungjawab.

Sedih sangat-sangat masa tu. Akak tak ambik duit orang. Duit tu mungkin sikit je bagi orang lain tapi bai akak besar sangat-sangat nilai dia. Tapi nasib akak jadi cmni. AKAK TAK REDHA !!!
Takper...Akak doakan orang yang ambik duit tu , pihak yang tak pedulikan nasib akak dan orang-orang yang kena macam akak dibalas setimpalnya oleh ALLAH S.W.T.... Duit tu bukan rezeki haram tapi rezeki HALAL.

Sampai sekarang akak masih berharap duit tu akak dapat balik tapi
HAMPA....

p/s  :  Ya Allah...Kau yang maha mendengar , Kau yang maha mengetahui , Kau yang maha mengasihani...


Sunday, August 29, 2010

Hari Ke-19 (29.08.2010)

Salam...

Today rasa tak larat...Rasanya sebab kurang air kot...

Korang banyak minum air k...Malam-malam banyak minum air kosong. Sekarang kan time puasa badan akan kekurangan air. Macam akak sekarang tengah sakit sebab kurang air.

Esok keje...


Saturday, August 28, 2010

Hari Ke-18 (28.08.2010)

Salam...

Today nak gi berbuka umah my mum. My B keje sampai pkul 11 malam ni.

Tadi akak tengok gambar budak kat kelantan yang disembelih bapanya yang sakit mental. Kesian...Matanya terbuka. Menahan kesakitan semasa disembelih bapanya agaknya.Gambarnya tak boleh diletakkan kerana menghormati perasaan keluarga Allahyarham. Sedih hati akak tengok. Takpelah...Dia sekarang dah bahagia disisi Allah..

Pada keluarga Allahyarham banyak-banyakkan bersabar. Nak salahkan si ayah pun tak boleh juga sebab ayahnya pun diluar kawalan. Semua telah ditakdirkan. Ada hikmah disebalik apa yang Allah telah jadikan...

Marilah kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah pada Allahyarham...


Hari Ke-17 (27.08.2010)

Salam...

Dah masuk hari ke 17 kan ? Ramadhan akan meninggalkan kita dalam lebih kurang 13 hari lagi.Bukan raya yang kita akan rindui tapi ramadhan yang banyak kenangannya....

Betapa syahdu dan damainya ramadhan yang sedang kita harungi...Tiap sesuatu itu pasti akan ada akhirnya. Raya hanya sekejap tetapi ramadhan adalah selama sebulan..Tak ada persamaan bulan lain dengan bulan ramadhan..

Wahh..Emo emo lak..Today just as normal as other day. Chores untuk hari raya belum dirangka lagi. Masa duk umah mak dulu (masa anak dara ler..) sebelum raya akak akan panggil adik bradik pompuan (6 termasuk akak) untuk meeting dan bahagi tugas untuk hari raya...

Ahh..betapa seronoknya waktu adik-adik kecil dulu..Happy je kitorang. Tak payah nak kuar main ngan orang lain. Kitorang main hantu-hantu , masak-masak , cikgu-cikgu , pertandingan karaoke , peguam-peguam  fesyen-fesyen , buat baju untuk anak patung dll.. Believe it or not pertandingan kitorang maen siap dengan hadiah lagi. Mastermindnya akak la hohohoho...Akak dulu jaga adik-adik sebelum dapat keje. Mak ayah akak keje.Tapi sumer dah besar. Tu belum semua dah berumah-tangga. Kalau sumernya dah kawen lagi la tak sempat nak jumpa.

Hurmmm...Kalau boleh balik masa tu best sangat.


LoVe YoU aLl !!


Thursday, August 26, 2010

Hari Ke-16 (26.08.2010)

Salam...

Today ader citer lucu. My Bos is chinese. Ader sorang hamba Allah ni datang skolah nak pasang astro.Dia pun masuk opis nak jumpa GB. Sempat dia toleh dan kata kat akak "Ksian guru besar tido. Penat puasa kot"

Akak pandang PAP aka my freind and kitorang bantai gelak sampai berair mata coz my GB is chinese and dia bukannya puasa.

Bila adik tu kuar dari bilik Gb akak tanya dia "Adik ader tanya dia posa tak ?" Dia trus blah sambil senyum simpul kuda hahahahaha...Sian dia (Jahat btol aku gelak kat orang)

Today dapat carri som tam (YayYY!!)

OOOOOppppppsss!! Belum masak nasi..

Chow....

Salam....

Selamat Berbuka........


Wednesday, August 25, 2010

Hari Ke-15 (25.08.2010)

Duit Raya RM500.00 Untuk Kakitangan & Pesara

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

Hurrayyyyyyyyyyyyyyyyy !!!!!

Alhamdulillah..........Dapat jugak sikit daripada takder langsung...

Terima kasih Tok Najib !!


Tuesday, August 24, 2010

Hari Ke-14 (24.08.2010)

Salam..

Hari ni masak sendiri...My B nak makan sambal ikan , sayur air petola.

Yea !!!!!!! Esok gaji hehehehehehe...


Hari Ke-13 (23.08.2010)

Salam...

Hari ni terasa sedih sangat...Tengok anak-anak yang tak berdosa dibuang macam buang sampah.Tak dipeduli , tak dikasihani...Sedangkan mereka tak minta dilahirkan. Mereka dilahirkan dari desakan nafsu , tawanan iblis.

Saper-saper yang rasa nak buang tu bagitaulah saya . E-mail bagitau kat saya (asmidartaharin@hotmail.com) Jangan buang-buang macamtu je. Siap bunuh lagi.Korang tak layak ambik nyawa anak yang suci tu. Bagi kat saya. Saya akan jaga , peluk , kucup ,  sayang anak yang tak berdosa tu.

Hari ni memang tak best sgt-sgt...Sedih...


Monday, August 23, 2010

Hari Ke-12 (22.08.2010)

Salam...

Hari ni berbuka dengan keli masak pedas , paru-paru goreng berlada , air peel fresh . Rajin kan aku ?? My B keje lg...Penat skit ari nih...Macam nak sakit je rasa...

Hurmmmmmmmmmm....Tido awal la...Bye...


Saturday, August 21, 2010

Hari Ke-11 (21.08.2010)

Salam...

Hari ni buat nasi ayam. Hantar rumah mother in law. So ari ni berbuka ngan nasi ayam , kurma mariami ngan air peel fresh oren hehehehehe.
My B keje...Pkul 11 kang dia balik.

hurmmmmmm..tatau nak cakap pe lagi..


Friday, August 20, 2010

Hari Ke-10 (20.08.2010)

Salam..

Dah 10 hari kita berpuasa kan ? Pejam celik pejam celik dah 10 hari...Syukurlah kita diberi kesempatan menikmati bulan ramadan kali ini. Buatnya dah sampai masa kita akan pejam tak celik-celik plak.

Hari ni pegi bazar ramadan sorang-sorang my B terpaksa pegi loji air dia sebab tangki runtuh...
Pelik gak sebab tangki tu bukannya kecik tapi besor gajah. Pe nak buat kan dah suratan nak jadi camtu.

Hari ni makan asam pedas tempoyak ikan patin , somtam ngan asam pedas keladi. Lama tak makan onde-onde so sambar la satu. Minum lak air laicikang...




Tengok !!! Aperkah di bawah  ini ??



suker la..sedap...milo breakfast cereal



Today ader sorang cikgu tu tanya "Kak , bila dapat gaji ?"

Korang bayangkanlah....

Cikgu tu baru lapor diri 16hb ogos 2010 dah tanya pasal gaji. MAK AII !! Memang nak bagi pahala aku makan Jus Diet Mate 5 la ni. Kecik-kecik je aku tengok cikgu tu. Kalau adik aku dah lama aku lambung naik atas kabinet. Biar takleh turun.

Takper , takper.....

Aku bantai gelak jer (cover line naik hangeng). Aku cakap "Cikgu , cikgu kan baru lapor diri tak sampai seminggu. Takkan dah tanya pasal gaji ? Barang-barang cikgu (dokumen perlantikan) lain sume dah ada cuma surat tawaran perlantikan dari KPM belum sampai. Kalau takder benda alah tu tak bleh buat gaji sebab kat situ ader tawaran gaji. Ader paham ? (kot dia nak aku cakap cina , maap le aku tak reti cakap cina).

BENGANG TAHAP BANGANG !!!


Hari Ke-9 (19.08.2010)

Salam...

Dah masuk hari ke 9..hari ni biasa-biasa je. Berbuka kat umah sendiri..Penat asyik buka kat umah orang. Ari ni buka ngan sambal udang petai (hubby punyer) , ayam masak kicap , sayur campur . Semua hubby masak (suami mithali....hehehehehe)



Gambar ni pinjam kat Dato' Google

Malam ni lak ada citer hantu DURJA NINGSUN tapi hantu tu yang tengok aku...Ngantuk..hehehehehe..


Thursday, August 19, 2010

Dato' Siti Nurhaliza - Album Anugerah Aidilfitri

SELAMAT HARI PUASA


Puasa belum habis kan ? Jangan berangan lagi tapi kalau nak lagu raya Dato' Ct kita ambik jer kat bawah.




Hari Ke-8 (18.08.2010)

Assalamualaikum............

Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan eh...hehehehehe..Salam ramadan semua...Sedar ke pengsan ke kita dah masuk hari ke 8...These past 8 days banyak yang berlaku...Anyway , my week is ok...
Berbuka kat rumah in law...Ader buat tahlil skit..Lambat nak update untuk hari ke 8 sebab lambat balik...Penat n ngantuk...Tido trus... Ni dah bangun sahur..Baru ingat nk update hehehehe...So...nak g mandi pastu nak g keje...salam...


Wednesday, August 18, 2010

Senyum Tanda Setuju Ke ??

Salam Puasa ke-8...

Orang selalu cakap bila anak dara dipinang kalau dia senyum tandanya setuju (cover line gedik-gedikss nak kawen hihihihi) tapi (sirius balek) ader gak kalau senyum tandanya :

*  Jangan la tanya lagi....Aku taknak...

*  Tak paham bahasa ke ? Ko nak aku cakap bahasa penan
    baru paham ?

*  Aku tengah baik-baik hormat ni...Jangan nak timbulkan marah
    dan meluat lak.

*  Perlu ke aku dengan semua CRAP & BULLSHIT ni ?

* Dan lain-lain yang sewaktu dan sealiran dengannya....

Kadang-kadang manusia ni dia saja buat tak dengar , tak paham , buat pekak dll walaupun sebenarnya diorang paham dari kategori-kategori senyuman yang diukir (chewah!!).

Diorang akan tanya dan tanya dan tanya dan tanya dan tanya lagi sampai korang naik sawan.

Aku tak suka cakap kasar lebih-lebih lagi pada orang tua tapi aku tak paham bila diorang kata diorng lebih dulu makan garam so bab riak-riak muka , senyuman dll memang dalam cluth diorng  (aku rasa) apasal masih tanya. Jangan kerana status/pangkat diorng pada aku so diorng nak cuba hilangkan sabar aku....Luckily aku ni memang sorang yang penyabar...Aku takkan marah orang...Aku hanya akan senyum walau terbakar rentung skalipun hati ni.Memang aku penakut atau pengecut nak sound orang balik tapi bagi aku aku bersyukur tuhan bagi aku sifat ni sebab aku takkan berdosa kat orang walaupun orang nak buat dosa pada aku.
Aku rasa mak aku pandai didik aku.....

---END OF HEARTACHE---

ALLAH ALLAH ALLAH YA ALLAH....
ASTAGHFIRULLAHHALAZIM......


Hari Ke-7 (17.08.2010)

Salam....

Not much to do.Terima kunjungan rakan sepejabat atas kematian ayahanda mertua (only i'm at home sleeping coz tak tido sampai pagi)

Seskali terkenang gak allahyarham...Al-Fatihah...


Tuesday, August 17, 2010

Masalah Mental ??

Here are six colored circles that can help to identify any hidden psychological disorders you might have. If you can’t see the number in one of the 6 circles on the test picture…




…you very likely might have:


Can’t see number in circle 1: High aggression, proneness to conflict, the recommendation is to add more physical exercise and cold showers.

Can’t see number in circle 2: Possible low than average intellectual abilities.

Can’t see number in circle 3: Possible debauchery, you should get more physical activity tasks

Can’t see number in circle 4: Possible inclination to violence.

Can’t see number in circle 5: Possible latent homosexuality.

Can’t see number in circle 6: Possible schizophrenic tendency. Required additional inspection.

p/s  :  Betul ke ni ?


Hari Ke-6 (16.08.2010)

Salam Berpuasa...

Jam 3.00 petang kala umat islam sedang menjalani ibadah puasa saya dikejutkan dengan berita kematian bapa mertua (Allahyarham Taib Bin Ahmad). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman....Sesiapa yang terbaca entri ini , mohon keikhlasan menyedekahkan Al-Fatihah buat bapa mertua saya...

Al-Fatihah...

Selamat Jalan Abah...


Sunday, August 15, 2010

Hari Ke-5 (14.08.2010)

Salam......

Syukur...Dah masuk hari ke lima kita berpuasa. Hari ni berbuka di rumah my in-law dengan ipar duai smua. Tapi bukan smua sebab ipar duai lain sumer tak balik lagi. My father in law memang sakit kuat. Dah tak bercakap dah. Umo dia dh 70 lebih. Mother in law lak lebih kurang tu gak. Buat mee goreng , my hubby lak buat kurma daging. Malam ni hubby keje 11.00 malam hingga 7.00 pagi sambung sampai 3.00 petang. Tido sorang la malam ni.

Kay....Nak tido awal.Sok nak bangun awal sahur.Jangan tak sahur tau.Nabi kata dalam sahur ada berkat...Chowwwww !!! Salam....


Hari Ke-4 (14.08.2010)

Salam all's...............

Lewat online coz tadi buka kat umah my mother.Ni baru balik umah. Sebelum balik "terminum" kopi buatan adik. So jadi burung antu la malam ni. Pe nak buat. I loike kopeee..hehehehehe...
Adik-adik sumer balik.So meriah dan teruja kitorang berbuka
sama-sama.Hidangan pun simple-simple je.Laksa ngan bihun goreng , air , kurma ngan murabak (kitorang ramai tau. ader la dalam 11 owang).

Esok diorang dah nak balik bekerja...So my mum pun akan sunyi...
Pas ni jumpa time raya jer la jawabnyer..

Today i realize yang kenangan sangat-sangat sweet. Walaupun tak dapat dikembalikan tapi lagi sweet kalau dapat brkumpul dan review balik...I LOVE MY SIBLING !!!


Friday, August 13, 2010

Hari Ke-2 (12.08.2010)

Ngantuk ah !!!!!

Bos...Nak tdor....

Jaga pejabat kay...

Nak mimpi kot-kot dapat ilham hari ni nak buka makan pe.


p/s  :  Ehh..Takder orang nak bagi duit raya ker??? Oppppsss...Terlebey suda...keje tido nak duit raya lak..



Hari Pertama (11.08.2010)


Mak ai.....Lentok baik punyerrrrrrr...

Penat dowh...Keje banyak gak....

Nak chow... Rilekkan kepala...

SELAMAT POSER &
BERBUKA !!!!

p/s  :  Jangan sampai tercekik minum sirap kay !!


Hari Ke-3 (13.08.2010)

Wahhhhhhhhhhhhh..............Ari ni rasa bertenaga sket....Tak macam semalam (kalah orang yang puasa betul-betul hehehehe....Tapi kami tak makan pon...puasa gak la tu....haip !!! jangan citer la....malu kat orang...NANTI ORANG TAU LAK hahahahha) Ngantuk dan letih...

Petang kang nak makan per ek....Ingat beli sambal kerang ngan pajeri terung / nenas , murtabak , air laichikang.

Ari ni bos marah sebab markah prestasi 2009 tak letak untuk Cikgu LPK. Pastu hantar ke JPN padahal kena hantar ke PPD. Ehhhhhh.. Nak cover la tu.Dia tak bagi ulasan atau sokongan tu tak nampak plak. Surat dari JPN pun takder bagitau kena hantar PPD. Encik JPN , lain kali tulis surat biar la terang sket.

Ari ni hubby pun akan buka puasa di rumah.Dah 2 hari berbuka kat loji air dia.Sunyi jer makan sorang-sorang...Hari ni dia ada.Keje pagi.Best skit hahahahaha....

Wa chau dulu...Nak siapkan perjanjian rmt...


Thursday, August 12, 2010

Tonik Puasa

KUCHING: Pengguna terutama umat Islam yang kini menjalani ibadat puasa Ramadan dinasihat tidak terpengaruh dan mengundang petaka dengan meneguk ‘tonik puasa’ yang didakwa mampu membuatkan seseorang tahan lapar dan kekal bertenaga sepanjang hari.



BAHAYA...tonik ikan haruan yang diharamkan jualannya. Tonik didakwa dihasilkan menggunakan bahan campuran pati air ikan haruan dan ginseng serta madu lebah itu kini dijual secara berleluasa oleh beberapa peniaga di lokasi di sekitar bandar raya ini sejak beberapa hari lalu.

Didatangkan dalam botol 100 mililiter, tonik berkenaan dipercayai dihasilkan di negara jiran dan diseludup masuk untuk dijual di Sarawak pada harga RM10 sebotol.

Namun, timbul keraguan berhubung tahap keselamatan bahan berkenaan kerana tiada sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan sama ada dari negara jiran atau Malaysia tertera pada label pembungkusan produk berkenaan.

Jurujual yang juga dipercayai warga negara jiran mendakwa tonik berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di tempat asalnya kerana berkesan menjadikan seseorang itu tahan lapar dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Tonik berkenaan dikatakan mampu memberi kesan sempurna hanya dengan minum dua cawan kecil sebelum berpuasa dan tidak perlu bimbang letih kerana ramuan pati ikan haruan boleh mengekalkan tenaga badan dengan tempoh daya tahan sehari tanpa perlu makan atau minum.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkata, tonik air ikan haruan terbabit antara ubat diharamkan jualannya sejak tahun lalu kerana didapati mengandungi bahan larangan.

Menurutnya, produk yang sering dijual penjual ubatan tradisional di kaki lima sekitar bandar raya ini mengandungi steroid berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan sesiapa yang mengambilnya.

“Tonik ini tidak mendapat kelulusan Jabatan Kesihatan kerana mengandungi bahan tidak dibenarkan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.

“Pengguna mengambil ubat berkenaan cenderung menghadapi pelbagai masalah kesihatan serta boleh membawa maut jika tidak dihentikan dengan segera,” katanya.

Menurutnya, penggunaan steroid dalam tonik berkenaan boleh menyebabkan seseorang pengguna itu menghadapi sembab, lemah otot, kegagalan fungsi buah pinggang, darah tinggi, gangguan haid, jerawat dan paling teruk boleh membawa maut.

“Orang ramai dinasihati jangan membeli tonik berkenaan kerana ia tidak dijamin keselamatan penggunaannya oleh pihak berkuasa negara ini serta boleh memudaratkan kesihatan,” katanya.

p/s  :  Tuhan suruh kita puasa sebulan dalam setiap tahun.
          Sekali je. Orang miskin sentiasa kena puasa. Ternyata
          kita ni tak tahu bersyukur. Sampai perlu ubat/tonik
          nak tahan puasa. Ibadah puasa pun takleh nak buat
          baik mati je. Takguna hidup.

Monday, August 02, 2010

Nesvita Omega Plus Acticol


KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.

Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.

Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat seperti susu yang mengandungi sterol tumbuhan.

Namun, kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan susu sebagai diet tambahan masih rendah berbanding negara-negara lain.Hakikatnya, susu mempunyai kalsium tinggi untuk membantu tulang yang kuat.

Menurut Penjenamaan Kanan, Unit Perniagaan Susu Nestle Products Sdn. Bhd, Lam Pui Yuee, negara-negara Barat kerana masyarakat di sana menjadikan amalan meminum susu sebagai makanan utama dalam kehidupan harian mereka.

"Meminum susu merupakan cara terbaik dan paling mudah untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.

Amalan ini memperlahankan kehilangan kalsium dalam tulang sekali gus mengelak daripada masalah osteoporosis," katanya yang ditemui di pejabat Nestle yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Perlu diingatkan bahawa semakin meningkat usia kita, tulang akan kehilangan lebih banyak kalsium dan ketika itu akan berlaku pelbagai penyakit kerana ketahanan badan turut berkurangan.

Dua gelas sehari membekalkan 100 peratus saranan pengambilan kalsium setiap hari untuk orang dewasa yang berumur 19 hingga 50 tahun.

"Misalnya susu Nesvita Omega Plus Acticol dihasilkan melalui serat tumbuhan yang boleh didapati secara semula jadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, legum, kacang dan bijian.

Bahan-bahan ini menghalang penyerapan kolestrol dari usus kecil ke dalam aliran darah.

Kajian membuktikan, dua gelas susu ini membekalkan 1.2 gram sterol tumbuhan dan boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak tujuh peratus dalam 30 hari," ujarnya.


p/s  :  Penuaan bermula pada usia 20an (Akak dah lebih
          20 la) . Jagalah diri anda untuk menjaga keluarga.
          Akak minum susu ni. Bagus... Rasa lebih sihat.
          Sedap lak tu...:D

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design