Sunday, May 22, 2011

Air Asam Jawa

Assalamualaikum...


Dah 2 hari minum air asam jawa. Tak kira la yang asam jawa seketul tu atau asam jawa adabi tu. Tapi tak la banyak. Takut effect pada baby dalam perut ni. Tapi ALHAMDULILLAH , SYUKUR PADA ALLAH baby cam ok je. Aktif cam biasa. Siap gegar-gegar lagi perut akak yang tebal ngan lemak ni.


Hasilnya badan berpeluh dan 2 , 3 kali membuang (cirit birit biasa). Orang kata kalau kita cirit birit maknanya haba panas sedang keluar dari badan kita. Penyakit darah tinggi ni ader yang kata masa ngandung je sebab uri mengeluarkan racun dan badan ibu cuba menolak uri tersebut. Ader pulak pendapat mengatakan darah panas.

Akak bukan apa , tension darah tinggi ni takmau turun kembali dan kekal ke tahap normal masa mula-mula pregnant (120/80). Hemmm...... Tah la.... Kalau buat bodo je kat penyakit ni pun dia tetap nak menempel kat fikiran ni.... 



1 comments:

Silalah mengomen

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design