Monday, June 06, 2011

Cerita Hari Ahad (05.06.2011)

Assalamualaikum....

Esok masuk minggu ke 33 pregnant. Sabtu pegi umah mak , mak tgk garisan linea nigra dah makin jelas. Orang tua-tua cakap kalau garisan tu dah nmpak maknanya makin dekat nak bersalin dah. Seram gak rasa hati ni.... Hari ahad anak ibu yang dalam perut ni asyik mengeraskan dirinya... Seksa gak nak nak buat keje... Nak masak untuk lunch pun rasa tak larat. Tapi akak gagahkan jugak sebab ikan patin tu dah beli banyak gak. Aderla dalam 8 keping. Lagipun dah janji ngan adik bungsu nak buat patin masak tempoyak. Bila dah siap masak suruh budak-budak tu datang ambik. Pastu makan sorang-sorang sebab hubby pergi kenduri belakang rumah (walaupun tengah keje) . Yela...Kena la tunjuk muka sebab jiran sekampung. Akak memang tak pegi la sebab tak larat , ngan baby duk buat keras dalam perut. Panas lagi hari tu.

Hari ni google tentang info kenapa baby mengeras dalam perut. Ianya dipanggil BRAXTON HICKS. Jum baca artikel ni...

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
- Bayi bergerak dengan aktif (Betul...)
- Semasa senaman atau membawa barang berat (Betul gak...)
- Mengurut perut
- Semasa hubungan seks (Kadang-kadang hehehehehehe)
- Dehidrasi (Betul...)
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

- Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. 
- Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

- Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
- Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
- Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan 
   kontraksi BH
- Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
- Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan
  ketidakselesaan



    0 comments:

    Post a Comment

    Silalah mengomen

     

    Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design