Thursday, August 11, 2011

Ibu Aufa Sad Story

Assalamualaikum....




Hari ni Aufa Auni dah 31 hari. Kira sebulan la tu tap kalau ikut birth date dia 12.07.2011 maknanya esok (jumaat) dak aufa genap sebulan. Dah sebulan ek dak tecit ibu ni hidup sama abah , ibu kat dunia ni. Tadi sebelum ibu aufa update blog ni aufa ibu sembang ngan ibu... Happy , terkejut and terharu sangat... Cam budak besar dia sembang ngan ibu. Tapi sekejap je... Hari isnin pegi berubat dengan makngah nab. Bidan kampung kat kg. tanjung kala. Mintak air untuk aufa tidur nyenyak malam-malam. Sebab tiap malam sejak bawak balik dari ipoh ibu tak boleh tidur sebab jaga aufa yang tak mau tidur. Lepas ambik air kemerap (jampi) ALHAMDULILLAH , SYUKUR PADA ALLAH aufa tidur nyenyak sampai pagi (cuma terjaga nak minum susu je). Ibu bersyukur sangat-sangat nak. So bila siang kena la ibu berkejar-kejar ngemas umah ngan ulit aufa sebab dia dah kurang tidor siang.... Hmmmmm... Betul la tu... Dah nature cam tu.... Takper...

Semalam pegi ambik ubat pasak bulan untuk aufa dari kawan abah encik manan. Aufa selalu kembung , perut tinggi dari dada , keras perut. Takut kena pasak bulan. Kalau lelaki di panggil pasang surut , kalau pompuan orang panggil pasak bulan. Bawak minyak nyor yang abah aufa buat. Dia ader tunjuk ibu cara-cara nak urut.
Ibu harap aufa makin sembuh ye... Ibu risau anak ibu ni....







Kesian aufa , ibu ada masalah kurang susu badan dan aufa takmau menyusu badan. Bila ibu suap puting breast aufa tolak ngan lidah sebab susu kurang , puting pun kecik. Sedih sangat-sangat. Nanti aufa tak sayang ibu....... :((  Tapi ibu ada perah dan bagi ngan botol. Kalau perah pun paling banyak dapat 2oz je. tupun 2 ,3 kali perah and kumpul-kumpul dapat la 2 oz. Ibu ada beli formula milk. Setakat ni aufa suka Dumex Dulac dengan Anmum. Tapi kalau Lactogen aufa memang taknak. Tolak ngan lidah je. Rupa-rupanya Lactogen rasanya pahit. Dumex ngan Anmum rasa manis. Tapi dalam susu tu ada campuran kacang soya dan kacang soya boleh menyebabkan angin dalam perut. nanti ibu google kot-kot ada susu yang tak ada campuran kacang soya langsung ek...

Esok kita ajak abah pegi klinik azhar ek. Kita cucuk dan timbang for 1 month old baby ok ? Aufa kena kuat ek... Sayang anak ibu.... Pastu nak pegi umah bidan makngah nab balik. nak ikat benang kaki tangan aufa. Tah la... ibu pun taktau nak buat pe. Kalau nak bagi aufa tidur nyenyak and tak nanges-nanges ibu suka suka suka....


2 comments:

  1. Salam As...Akk pun masa mula2 bersalinkan Sarah mmg tak byk susu badan. Baby asyik menangis aja.. sebab penat hisap tp susu tak keluar... tp lepas mak mertua akk urut bahagian dada terus susu banyak keluar... mak akk kata urat kita bahagian dada tu mmg perlu di urut supaya liang2 susu tu berjalan lancar dan tak tersumbat...lg satu kena makan banyak sayur2an seperti sawi dan lobak putih utk baykkan susu badan... akak pun minum byk susu tepung dan masih teruskan makan obimin utk bykkan susu badan....

    Sarah setakat ni lum pernah kembung perut sebab lepas mandi akk selalu sapu lotion halia kat perut, belakang dan tapak kakinya sambil selawat 3x.. lepas sapu lotion tu sarah terus je buang angin 2, 3 kali...

    InsyaAllah moga aufa cepat sembuh... sian kat dia kan..

    ReplyDelete
  2. x minum susu ibu x brmakna ms aa tu x syg ang mngkin dh smulajadi ank pmpuan ni rapat n mnja ngan ayah die..sabar jela ala dah nama pun mak die mana boleh x syg..

    ReplyDelete

Silalah mengomen

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design