Wednesday, September 14, 2011

Aufa Auni Checkup For 2 Month

Assalamualaikum.....


Salam aidilfitri.... Isnin hari tu pegi checkup for 2 month aufa auni. Dah lewat sebenarnya. Sepatutnya kena pegi masa umur 1 bulan hari tu tapi sebab aufa kena sekam so tak boleh cucuk imunisasi la. So isnin lepas genap 2 bulan. Ibu bawak aufa pegi cucuk kat klinik Dr. Azhar je. Yang ada Dr. Nasa je. Tapi Dr.Nasa pun ok. Ibu jugak beli pil untuk tambah susu. Semua skali (pil tambah susu + cucuk aufa + ubat demam = RM128.00).......Errrrrrrkkkkkkkkk = Very the mahal... Tapi ok la tu.... Asalkan anak ibu dapat imunisasi....


Balik umah aufa auni tak demam tapi petang tu dia meng'gegak-gempita'kan rumah. Dah la abah dia keje malam.... Rupanya dia sakit peha bekas kena cucuk. Ibu tak bagi dia makan ubat awal-awal sebab malas la nak bagi makan ubat banyak-banyak. Ubat kimia ni bukan elok sangat. Tak mau ajar dari mula. Tapi oleh sebab dia dah sakit terpaksa la bagi. Kesian gak tengok nangis-nangis sampai sedu-sedan...Cian anak ibu ye....




Since cukup 2 bulan ke'galak'kan aufa makin menyerlah. Baru la mesra alam sikit. Kalau tak masam je (Macam ibu dia je... Muka memang camtu dah. Taktau nak buat muka manis cmner. Kalau tengok ibu dia. Memang orang tak berani nak tegur. Nampak masam , sombong. Tapi kalau dah orang tegur , mesti cakap dan sembang. Orang kata muka tak boleh ubah , perangai boleh ubah hihihihihi)
Kalau nak tido dia mesti nak ngamuk dulu baru bleh tido. Pandai menegur orang dah. Tak padan ngan kecik & suka jeling abah dia.


Sempena 'birthmonth' ke 2 ni ibu buat kolaj anak ibu dengan aplikasi muzy.... Kawan-kawan ibu yang nak try boleh klik kat sini. Log in ngan akaun facebook pun boleh.... Ni akaun muzy ibu punya
 ibuaufa.muzy.com ..... Kalau sudi add la...






0 comments:

Post a Comment

Silalah mengomen

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design