Wednesday, October 26, 2011

Kos Sara Hidup Sekarang

Assalamualaikum....

Lapo plak rasa..... Bancuh Super Ipoh White Coffee makan dengan Munchy Wheat Krunch With Collagen. Sedap gak benda alah ni... Kulit pun jadik tegang-tegang makan roti kering ni sebab ada kolagen... hehehehehehehehe....





Sebut pasal kos sara hidup ni... sekarang semua benda mahal. Masa takder anak takder la rasa sangat. Tapi bila ada anak baru nampak. Baru sebut nak dapat bonus atau baru umum nak naik gaji barang dah naik dah. Gaji naik kuatkuasa tahun depan tapi harga barang dah naik dah.... Jenuh la camni... Tokei balak pun bankrap (walaupun tak bankrap). Orang banyak duk sembang yang kos hidup di bandar tinggi. Begitu jugak kos hidup di luar bandar macam gerik ni. Barang-barang yang nak dijual di grik banyak datang dari kilang-kilang di bandar. Kos nak datang ke gerik mahal kerana minyak. Tapi elaun sara hidup tak tinggi. Hemmm.. Nak merungut kang dikata tak bersyukur.

Pampers anak sebulan bukan RM50.00 Kurang-kurang kena beli 2 bungkus besar. rumah pengasuh 1 , rumah sendiri 1. Susu lagi. Bukan nak merungut seolah-olah anak ni menyusahkan tapi perlu juga ada duit lebih untuk ready bila anak sakit ke ape ke. Anak-anak ni benda yang diorang perlukan bukan boleh main tunggu-tunggu. Mak bapak tak bersalin takper asalkan anak cukup keperluannya.

Belum masuk bil-bil lain. Rumah buruk pun sekarang sewa mahal. Kenapa ?? Sebab diorang duk dengar nak naik gaji , nak dapat bonus. Hemmm.... Allahuakbar....Hanya boleh doa murahkan rezeki kita dan anak-anak je...Semua dugaan dari Allah...



p/s  :  Baru ni ada terbaca petua nak murahkan rezeki dari Datuk Dr. Fadhilah Kamsah. Beliau kata semudah berdoa / hadiahkan Al-Fatihah pada ibu bapa...... Subhanallah...





0 comments:

Post a Comment

Silalah mengomen

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design