Wednesday, December 14, 2011

Kisah Ibuku Dan Aku


Aku telah mempunyai anak.
Anakku menangis minta susu , sepertimana aku lapar semasa kecilku.
Anakku bermanja denganku , sepertimana aku semasa kecil dengan ibuku.
Anakku menangis semasa terjaga dari tidur , sama sepertiku semasa tidurku.

Kini masanya ,
Ibuku meminta sedikit rezekiku , yang mana ada didalamnya bahagian ibuku.
Ibuku meminta belai kasihku , yang mana aku telah terhutang dengannya.
Ibuku meminta sedikit masaku , yang mana aku mungkin tak terbayar...

Bila ibu minta duit.... Ibu bukan mata duitan
Bila ibu minta belaian... Ibu bukan beri betis nak peha
Bila ibu minta masa .... Ibu bukan belanda minta tanah

Sebab ibu tak pernah minta bayaran dari kita Sekalipun kita berhutang nyawa dengan IBU .......

Mak , halalkan tak susu mak , kasih sayang mak dan hidup mak ? 

Hutang dulu yer... bayar ansur-ansur....

Khbasah Binti Che Ani...... TERIMA KASIH KERANA LAHIRKAN , BESARKAN Siti Shahidatul Asmidar DENGAN SUSAH PAYAH....

HARGA : TAK TERBAYAR....




1 comments:

Silalah mengomen

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design