Lama tak berblog... Sibuk sikit ngan kehidupan duniawi hehehehehe.. Aufa auni makin besar dan cerdik. SYUKUR ALHAMDULILLAH...SEGALA PUJI BAGI ALLAH.. 12.01.2012 (Khamis) hari tu cukup 6 bulan anak ibu.... Aufa dah boleh makan nestum... Berat la sikit perut anak ibu...
Perkembangan Bayi 6 Bulan
Menjelajahi dengan menggunakan tangan - Suka main Ketuk-ketuk orang dengan rattler dan loceng. Dah pandai tukar-tukar mainan kat tangan.
Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan? - Bila bagi barang dia akan ambik ngan tangan kanan dulu. Bagus anak ibu....
Belajar bergolek - Tak boleh dah tinggal sorang-sorang atas katil. Nanti golek-golek jatuh katil lak.
Bayi anda walaupun kecil suka bersosial - Baby lain sembang galak ngan orang tapi aufa sengih jeee...
Main mainan jenis bergilir-gilir - Tak nampak lagi...
Bayi anda yang suka membebel - Membebel sambil jerit-jerit...
Merangsang derianya - Suka gigit barang mainan
Gembira semasa mendengar cerita - Kalau ibu dan abah sembang aufa mendengar dengan teliti...
Menoleh ke arah suara yang dikenali - Bila panggil nama , dia akan menoleh dan senyum.
Duduk dengan sendiri - Boleh duduk tapi masih terhoyong-hayang.
Suka masukkan tangan dalam mulut.
NesTle Cerelac Beras & Susu Dumex Dulac
Ni tido ke berfikir
IBU SAYANG AUFA
0 comments:
Post a Comment
Silalah mengomen