Tuesday, February 12, 2013

Cucur Manis Manja

2 cawan tepung gandum
3 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan air paip
1 cawan air panas

Caranya

1. Masukkan tepung dalam bekas mengadun.
2. Bancuh gula , garam , air panas dan air sejuk.
3. Satukan semua bahan.
4. Kemudian bolehlah digoreng.

P/s : Shiok giler cicah ngn kuah kari atau sardin....

Monday, December 31, 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum.... Sajer nak cerita pasal cenderahati musim sekolah huhuhuhuhu...


Tak pernah jumpa sagun bakar tapi rasanya not bad. Cam kuih bangkit kelapa pun ada.

Bekas simpan tooth pick dari vietnam... TQ cikgu ooi...

Antara souvenirs dari merata tempat. Paris , german ,china dan our local pon ada. 
Sumer orang bagi. Comel... THANK YOU...

Selalu dapat jajan. Pernah dapat bepang. Ader flos dia tabur kat atas. Nasib baik terbaca kat label dia. Rupanya der serunding kerbau kaki pendek. Terlompat gak la. Pastu bagitau kat cikgu tu. Dia mintak maaf. Takper akak cakap sebab diorang tak sengaja (walaupon ade terbakor gak sbb macam tak sensitip... Benda makan tu...)


Sekian....



Friday, November 16, 2012

Cerita Nestle Saya

Assalamualaikum...


Pa habaq ?? Akak okeh-okeh je.... Saje nak crita pasal susu Nestle Omega Plus Dengan Acticol. Alah... susu yang akak pernah buat n3 dulu ni. Susunya sedap dan berkhasiat. Baik untuk kita-kita yang dah start melangkah ke usia 'muda'. Since banyak respon dan view pada artikel susu ni , akak suka la nak berkongsi ngan korang yang susu ni dah ada dalam pack convie. Senang nak minum and bwk kemana-mana. Memandangkan akak ni orang yang 'rajenn' bangat akak sangat happy bila dapat tau syarikat Nestle dah buat pek yang hanya perlu kita koyak plastiknya dan bancuh trus. Rasa susu ni pulak dah ada kurang manis dari sebelum ni tapi masih rasa sedap. kat kotak dia ada tulis untuk mummy preg tak boleh minum ye. So terjawab la pertanyaan akak (masa preg dulu kan akak kena darah tinggi , so akak try tanya kot mana tau mummy preg boleh minum atau tak). Kanak-kanak memang la tak leh minum. Akak (yang berlebihan kelas-terol hihihi ) minum 2 kali sehari. Pagi sebelum pegi keje , sepaket. Malam sebelum tido , sepaket. 



Mari kita jaga diri kita untuk orang yang tersayang...

Hari tu akak rasa berat dan mengah masa naik tangga nak ke opis (slalu memang mengah tapi kali ni rasa lain sgt hehehehe). Kita boleh tau sendiri kalau ada banyak kolesterol atau tak. Pastu akak minum susu ni dalam 2 kali terus rasa okey... Jangan lupa minum tau.... 



p/s  :  Tengah paksa abah aufa minum gak. Liat benor...


Tuesday, October 02, 2012

Istilah-istilah Bagi Alcoholic Beverages & Bahan Ramuan Makanan Mengandungi Alkohol Dalam Kategori ARAK.

Kredit Gambar : ibnushukran.blogspot.com

1. Wine - Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur

2. Beer/Ale - Hasil fermentasi gandum atau barley

3. Wiski - Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli

4. Brandy - Sejenis ark yg dihasilkan hasil penyulingan wine

5. Cocktail - Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).

6. Cider - Hasil fermentasi epal

7. Rum - Hasil fermentasi tebu

8. Tuak - Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)

8. Mojito - Cocktail yg dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.

10. Spirits - Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol

11. Liquor - Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol

12. Pinacolada - Sejenis cocktail berasaskan jus nenas yang mengandungi rum.

13. Gin - Sejenis arak daripada buah 'juniper berries'

14. Bitters -Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) drpd herba-herba.

15. Nasih , Baa atau b'a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar - merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.

16. Tequila - Minuman beralkohol yg dihasilkan daripada 'blue agave plant'

17. Margarita - Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, sellunya dihidangkan dengan garam pada 'glass rim'.

18.Champagne - Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua

19. Sake - Hasil fermentasi beras.

20. Mirin - Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)

21. Todi - Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)

22. Scotch - Sejenis wisky dihasilkan di Scotland

23. Amaretto - Arak Itali berperisa Kacang Badam

24. Calvados - Apple brandy

25. Chambord - Black raspberry liqueur

26. Claret -Light red wine or Bordeaux.

27. Cognac- Aged, double-distilled wine or fermented fruit juice. Cognac is considered the finest brandy.

28. Cointreau - French, orange-flavored liqueur.

29. Curacao - Liqueur made from bitter Seville oranges.

30. Creme de menthe -Thick and syrupy, sweetened mint liqueur. Comes both clear and green.

31. Framboise - French raspberry liqueur.

32. Frangelico - Italian hazelnut liqueur.

33. Galliano - Golden Italian anise liqueur.

34. Grand Marnier - French liqueur, orange-flavored.

35. Grappa - Italian grape brandy.

36. Grenadine - Pomegranate syrup, sometimes alcoholic.

37. Hard Cider - Fermented, alcoholic cider.

38. Kahlua - Syrupy Mexican liqueur made with coffee and cocoa beans.

39. Kirsch (Kirchwasser) - Colorless liqueur made of cherries.

40. Red Burgundy - Dry French wine.

41. Schnapps - Flavored, colorless liquor.

42. Sherry - Fortified dessert wine, sweet or dry, some with a slightly nutty flavor.

43. Southern Comfort - Bourbon mixed with peach liqueur.

44. Triple Sec - Orang-flavored liqueur.

45. Vermouth - Wine-based drink infused with herbs, sweet or dry.

46. White Burgundy - Dry French wine.

Sumber  :  FB Sahabat Halal JAKIM

p/s : Minuman MALTA haram....


Tuesday, September 18, 2012

Cerita Campur-Campur

Assalamualaikum...

Apa kabar sumer ? Doa akak semua sihat sejahtera dalam lindungan 
ALLAH S.W.T... Lama tak ke udara. Nak kata bz idok ler sangat tapi memang tak sempat nak ngolah bahan nak nulih (hahahaha)...

omei omei tak ?

Semalam (17.09.2012) dah tersurat yang akak akan jadi mak ngah lagi (Yeah !!!). Dalam bulan september ni saja 2 kali (Oh Yeah !!).... Alhamdulillah.... Sykur pada Allah adik ipar dan adik sendiri selamat melahirkan cahayamata diorang. Adik ipar munyer ceritanya disini. Yang terbaru (17.09.2012) adik pompuan akak melahirkan baby boy. Nunggu nak gi tengok je tapi malangnya pun ada. Start khamis (6.9.2012) akak kena penyakit eczema. Kulit akak ni memang agak ngengada. Cepat je nak gatal. Nak trace back apa yang akak makan memang tak dapek ler. Mana nak ingat semua dah masuk perut. Tapi so far akak tak pernah sentuh makanan yang memang di 'haram'kan bagi kesihatan akak iaitu seafood (udang,sotong,ketam) tapi orang kata malang memang tak berbau. Dah nasib nak jadi gini. Ada dosa yang tuhan nak hapuskan tu. Mak akak bagitau ader anak kawan dia pun kena camni. Dia try petua menggunakan 'ati abu'. Ati abu tu adalah abu yang duduk tengah-tengah bekas puntung kayu dibakar. Ambik masukkan dalam bekas dan masukkan air. Sapu kat tempat yang kena penyakit tu. Rasa pedih-pedih , panas.



Very itchy itchy.... arghhhh


Kawan-kawan , abang-abang , akak-akak , adik-adik doakan akak sembuh yer... Risau penyakit ni berjangkit pada my lil' princess THE AUFA AUNI.... Allah saja yang dapat membalas kebaikan kalian....


Wednesday, September 05, 2012

Mak Ngah Lagi

Assalamualaikum...

Gembiranya hati bila dikhabarkan oleh adik yang ibu aufa dah jadi mak ngah (AGAIN!!)...

Baby girl ni lahir pada 2 September 2012.... Tapi blom ada peluang pegi tengok sebab babynya duk di Key El.. Makngahnya duk gerik....

Insya ALLAH baby balik gerik atau mak ngah pegi key el ok ?...

Ummmmmuahhhhhhh !! Sayang baby...

Jamu mata nengok baby makngah yer....






Friday, August 31, 2012

Nak Besar Camtu Ler

Assalamualaikum..

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. 

Semalam ibu balik keje disambut oleh dak aufa yang demam panas. Mujur juga sebelum balik dari rumah pengasuh , mak pengasuh aufa dan jelum dengan air ais. Tapi malamnya , panas balik. Kuat sangat. Bila diberi susu dia muntah balik bersama dengan kahak dan ada cam benda warna coklat bertali-tali. Malam tu jugak ibu ngan abah aufa bawak dia jumpa doktor. Dapatlah ubat 4 jenis. Lepas makan ubat muntah dengan susu sekali. Kesian anak ibu... Tapi ALHMADULILLAH banyak pulak air masak sejuk yang aufa minum. 



Sambil meneman anak ibunya yang belum makan malam , hanya makan sandwich telur ngan nescafe decaf. Dappp.... kata dak aufa hehehehehe.


Paginya aufa cirit air. Banyak sangat. Bau air badan. Mandikan dia pukul 10.30 pagi. Mak dah petua , kalau kaki dia suam atau panas baru bleh mandi. Kalau kaki dia sejuk , tak boleh mandi sebab panas akan masuk balik. Alhamdulillah , lepas mandi beransur kebah. Makan nasik ngan sayur fav dia pun sesudu je. Tak selera. Susu adalah diminumnya 3 oz. Boleh la daripada kosong langsung perut. Buat lapik ubat. Ibu ngan abah lak sambut merdeka dengan spaghetti cendawan hati duka (sebab anak demam).


Tengahari tadi nampak dak aufa dah ok skit. Dah kebah , peluh-peluh. INSYA ALLAH ... 
Lega skit hati ibu....




Wednesday, August 29, 2012

Tuesday, August 28, 2012

The Chronicles Of Aufa


Jeng jeng jeng….

Selamat hari raya aidilfitri pada semua ye… Maaf zahir batin… Lama tak bersua dalam ruangan catatan asmidar ni. Sibuk benor bunyinyer.. Puasa pun xder posting-posting. Bak kata orang utara… Tak dan…. Semenjak ada anak ni bz nyer lain. Tak macam dulu. Membela badan , membuang masa je. Sekarang ni nak kena ngekor dak aufa 24/7…. 

Dak aufa pun makin besor makin banyak lak songehnyer.. Tak per.. Camner pun ibu cayank dia…. Jum tengok resume dia skarang. 

Makan & minum : Nak nasik keras. Lembik-lembik aper barang. Lauk fav dia sup sayur ngan dada ayam. Bagus beras herba ponni faiza tu. Betul-betul bina tulang sebab banyak kalsium. Opah n tok aufa tegur rasa hantap badan aufa sebab makan nasik. No prob dik. Ibu akan beli beras tu campur ngan beras jati (sebab abah adik fussy n banyak S.O.N.G.E.H orangnya) janji adik makan nasik k ? Minum masih kurang. Kna paksa. Susu dah tukar ke enfagrow n campur dumex dugro. Banyak perubahan dan perkembangan. Dah pandai tangan tu nunjuk-nunjuk. Tegur sana sini. Dah pandai panggil abah sikit-sikit. Bila nk pnggil ibu dik ?





Habit : Manja usah cakap la.. Bak kata jiran tok dia.. Dia sorang je… Lokek (garang) pun sama naik. Salah sikit mau kena jerit ngan dia. Sekarang ni dah pandai meniti. Nak belajar berjalan. Tempat fav dia nak training berjalan adalah depan tv. Dah la tempat letak tv tu kecik , tv nyer besor. jatuh nanti , bila lak nak beli tv dik oi. Pastu takleh tgk dah iklan..… Pastu suka on off tv sebab tegk ader button merah. Ibu tengah sedap-sedap tengok tv , aufa lak gi on off button dia. Hangennn satu badan. Mau nak kena geletek maut budak ni… Paling pantang kalau ibu letak dalam walker. Nangis sedih gitu. Nak bagi senyap kena bagi handphone atau remote control tv. Tido lak sekarang tak nak dalam buai dah. Kalau dalam buai kena duduk sebelah sebab dia akan berusaha nak berdiri dalam buai. Takut jatuh la… Kena masukkan dalam cot. Bagi susu. Tutup pintu bilik. Biar dia tido sendiri sambil ibu temankan. tapi tak boleh ajak main sebab bila adrenalin dia merembes memang langsung takmau tido. Setakat ni ok lagi. Lepas taktau la kalau dia nak ubah cara dia tido lak. 

Fizikal : Dah ada gigi. 2 bawah , 2 atas. Takder lak kena gigit ngan dak aufa. Tapi dia takkan tunjuk gigi dia kat org.


Ok…. Sekian ye…. Nanti jumpa lagi bila dah ada mood and bahan nak nulis… ASSALAMUALAIKUM…                                                              




Thursday, July 12, 2012

Happy Birthday Aufa Auni !!

HAPPY BIRTHDAY SAYANG !!!


Hari ini 12 Julai 2012
Telah setahun kamu lahir ke dunia ini
Setahun kamu dalam dakapan ibu
Dalam lindungan ibu
Masih dalam pelukan ibu
Sentiasa dalam hati ibu...

Ibu doakan :

- Jadi anak yang solehah

- Sihat walafiat

- Sentiasa dalam lindungan ALLAH

- Dipanjangkan umur dalam keberkatan

- Berjaya dunia akhirat

Aamiin.....

IBU SAYANG YAYANK


Thursday, June 28, 2012

Cadang-Cadang...


Rasa macam nak buat blog review sebagai penghargaan kepada followers. Blog ni takderla seberapa sangat tapi ader gak yang mem'polo'... Mekasih ye !!!


Tuesday, June 12, 2012

Another 1 Month She'll Be 1 Year Old Lil' Missy

Assalamualaikum....

Hari ni anak ibu AUFA AUNI dah masuk 11 bulan !!! Yeayyyy !!! Lagi sebulan aufa akan berusia 1 tahun.

Alhamdulillah.... Pejam celik dah besar ye anak ibu. Tapi perkembangan aufa tak sama macam baby 11 bulan lain.

Dalam hati ada jugak risau tapi bila dengar pengalaman ibu-ibu lain (termasuk pengalaman my mum tentang saya semasa bayi.... Hemmmm... Tah la...We will see ya yank !!... Chaiyok chaiyok from ibu...)

Sedikit update tentang AUFA AUNI  :

= Dah blajar meniti.

= Kalau ibu marah , dia marah ibu balik.

= Suka pakai rayban abah dia. Fav thing aufa.

= Tanak makan nasi bubur lagi dah. Nak nasik keras.

= Suka minum kopi.

= Gigi dah mula bertunas.




Pagi hari sabtu... Dah nak start meniti...

Selain syushu , shaye shuker minum kopi...

Posing shekshi...


IBU SAYANG AUFA



Sunday, May 13, 2012

10 Bulan Dia Di Sisi

Assalamualaikum....

12.05.2012 - Dah 10 bulan aufa ibu.... Masih belum merangkak (atau takmau merangkak ?) cuma dah boleh duduk. Berat bontot adik ni..... Takpelah , take your time ye sayang.... Ibu sentiasa untuk yayank...

Sedikit Perkembangan Aufa Auni...

Melakukan pergerakan yang lebih banyak
- Sekarang dah duduk dalam walker... Boleh bergerak skit. Tengah blajar guna kaki semasa dalam walker. 
  Kalau duduk atas lantai dah tegak dan dah suka buat pusingan 360 darjah. 
- Genggaman dan pegangan dah kuat. Suka keronyok kertas , baling mainan sebab nak suruh ibu ambikkan
  (bila buat tak tahu dia akan jerit-jerit panggil mama mama. Mana datangnye mama ni. Ibu la adik...)
- Dah ader peelnya... Buli abah suruh dukung dan duduk kat dapur. Taknak dukung pegi tempat lain.
   Taknak duduk dalam walker. Pandai pulak bersiul (ini abah dia la ni... hemmm...). Suka gelak nganga
   sejak tengok iklan celcom kat central square s.petani.
- Aufa suka bila orang buat bunyi kucing dekat dia tapi kalau kucing betul datang dekat , dia takut !!
- Mulut ni bising je. Khasnya bila malam. Pot pet pot pet. Bila datang mulut murai dia , memang kena bagi
   tidur la jawabnya....




Tido la pulak bila nak bawak jalan-jalan tgk binatang.
Aufa suka katak tangan panjang.

Alimnya...

Apa la ibu ni.... Asyik ambil gambar saya je...

When she scrunch her nose... Soooooo cute !!

Gila spek mata.... Bila nampak spek sua muka je mintak dipakaikan...

Gaya senyum galak celcom hahahahahaha

Spek mata ateh dia...

Dengan ibu (Gambar masa bulan 2)


IBU SAYANG AUFA !!




 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design