Lama tak bersua di udara kan ?
Blog akak bukan bersarang lagi dah. Dah macam terbiar gitu.
Akak tak berkesempatan memandangkan sekarang bos baru. Susah skit nak 'kelebek' blog.
Tapi...
Kelebek jugak lah sebab kadang-kadang takde buat apa.
Akak ada gak ber-jalan-blog (blogwalking la tu).
Saje nengok-nengok blog-blog yang lagi sifu.
Niat nak blajar gak cara nak dapat ilham dan lelain... hihihihi...
So...
Semalam teringin makan bubuq.
Lepas keje singgah jap kedai runcit dekat taman.
Beli sikit je kacang hijau. Jagung dah ada kt umah 2 tongkol.
Beli masa pasar malam hari jumaat.
Marilah melayan resepi (yang takder sehebatmana) dan gambarnya.
Bubur Kacang Hijau Berjagung
Bahan-Bahan
2 Cawan - Kacang Hijau
1 Liter - Air
400 ml - Santan Kotak / Santan Fresh
2 Tongkol Jagung
200 gram - Gula Perang / Gula Merah
3 Sudu Makan - Gula Putih
Garam Secukup Rasa
Cara-Cara
1. Rebus kacang hijau sampai empuk / kacang tu pecah-pecah skit.
2. Air rebusan tu kalau banyak boleh buang sikit sebab santan akan mengambil tempat.
3. Sagat jagung dan masukkan dalam kacang yang dah empuk tu.
4. Masukkan gula perang. Kalau nak guna gula merah kena bancuh sikit dengan air rebusan kacang / air panas. Jangan lupa tapis sebab gula merah ni kadang-kadang ada pasir , ranting dan macam-macam lagi. (Kita tak tau perjalanan gula merah tu sebelum sampai dapur kita)
5. Bila dah menggelegak dan jagung pun baru masak (agak-agak la dalam 7 , 8 minit) masukkan santan. Kalau taknak guna santan pun takper. Boleh guna susu cair.
6. Kacau baik-baik. Bila dah menggelegak dengan santan tu masuk garam dan gula putih ikut selera/tekak masing-masing. Ada orang suka manis. Ada suka kurang manis. Manis-manis buah gitu.
Siap !!...
p/s : Kalau nak buat eskim kna mnis skit , lemak-lemak sikit baru best
hik hik hik... Selamat mencuba...
0 comments:
Post a Comment
Silalah mengomen