Saturday, July 23, 2011

Perjalanan Menemui Aufa Auni

Assalamualaikum....

Alhamdulillah , hari ni dah masuk hari ke-9 Aufa Auni hidup di dunia bersama ibu dan abinya.
Syukur sangat-sangat pada ALLAH kerana kami dikurniakan seorang cahaya mata yang dah lama ditunggu-tunggu oleh seluruh keluarga baik keluarga akak dan keluarga hubby akak....

Nak ulas tentang aufa auni pun masih terlalu awal sebab dia pun asyik tido jer... Tadi baru balik dari KKIA Gerik sebab check darah baby sebab dah kena penyakit joundis. Ari ahad masuk wad sebab baby ada joundis. Duduk bawah lampu biru la anak ibu ye... Ari isnin baru doktor bagi kuar tapi hairan gak. Masa masuk wad bacaan kuning baby adalah 17.4 tapi bila kuar hanya 13.3 je.... Akak ada tanya doktor kot-kot bahaya tapi doktor tu kata dah o.k....

Selasa plak nurse datang umah nak buat lawatan. Dia cakap luka c-zer akak kak ujung tu ader cam 'tersengih' skit. Dia suruh datang untuk tunjuk kat doktor dan ambik ubat cuci.

Jum baca citer pengalaman bersalin baby AUFA AUNI yang keluar melalui tingkap....

10.07.2011


Pagi ahad... siap-siap tunggu hubby balik keje nak bertolak ke ipoh untuk admit ke Hospital Permaisuri Bainun sebab nak induce labour. Pukul 4.30 ptg sampai ipoh.... Sempat gi makan sizzling wantan mee + x-tra cendawan lagi (memang rezeki akak sebab cukup-cukup je hehehehehe). Having jeli dan air lincikang. Memang terbaek.... Check-in Hotel Fair Park. Memang fav akak hotel ni. Murah , selesa.... Nasib baik ader beli nasik lemak sbb malam tu lapor lagiiiiii !!!! Malam terakhir sebagai preg lady !!


11.07.2011

Pepagi lagi turun nak check-out. Lepas tu bekpas kat kafeteria hotel. The meal was simple but sedap gak. Mee goreng ngan kueteow kecik goreng. dari hotel terus  'menyerahkan diri' ke hospital ipoh. Lepas selesai urusan dokumen kemasukan terpisahlah ngan hubby. sedih ader gak. nurse suruh salin baju . pakai baju hospital warna pink.... cute la baju tu..... Petang skit nurse panggil nak tgk jantung baby. Selesai tempek-tempek kat perut benda alah mesin tu nurse cakap baby suka lari-lari. so report jantung baby ader lompang-lompang skit. Takperla asalkan ader degupan jantungnya sudeyyyy...... Lepas buat ujian tu , datang la sorang doktor muda ni. Kecik gak la. Doktor lelaki. Dia nak bawak akak gi buat scan baby plak. Dia bawak wheelchair untuk akak. Akak cakap takper sebab akak takut dia takleh tolak (uhuk uhuk uhuk)..... Dia cakap takper sebab akak jalan lambat , daripada sampai lambat dan kena marah ngan doktor senior , baik dia tolak walaupun BERAT !!! (uhuk uhuk uhuk.... TB). Kesian la pulak.... Dia siap tanya berat akak braper dan dia bgtau berat dia separuh dari akak.... Kesian doktor tu....


12.07.2011


Subuh-subuh lagi kena kejut ngan nurse. Nak buat test jantung baby. Lepas dah siap nurse suruh siap sebab nak masuk labour room pagi tu. Mandi pun dah lebih kurang (sebab ngeletor takut) tapi sabun elok-elok jugak kasi wangi kang malu kat doktor sebab busuk hehehehehehe.... Lepas tu bawak baju baby sehelai , receiving blanket 1 , pampers ibu 1 , pampers baby 1. Bila masuk ke labour room dengar bunyi jeritan baby dan jerita mummy diorng. Airmata ni laju je jatuh sebab takut tahap suria baja hitam dah. Kaki ngeletor....
Perut ni bukan butterfly je dah segala mak nenek mergastua pun ada..... datang la doktor india. Dia check jalan dah ada 4cm.... Nak start ubat dengan drip.... Pukul 9 dah start sakit.... Dia kuatkan drip. Contraction dah 5 kali dalam 10 minit. Doktor cakap nak kurangkan drip sebab tak pernah lagi orang contaction 5 kali dalam 10 minit. Doktor dah keliling duk cakap... Akak dah tak peduli sebab sakit sangat-sangat dah....Husband dipanggil masuk sebab nak temankan dan bagi semangat. Hubby akak masuk jap dan dia taknak tunggu sebab dia takut. Akak pun kalau boleh taknak bagi dia ada sebab akak tau dia takut ngan benda-benda camni.Sampai pukul 5.00 petang....... Masuk la lebih kurang 10 orang doktor.... Diorang terkejut gak sebab masih belum bersalin dan jalan baru 4cm.... Discuss kat situ dan capai persetujuan nak EMERGENCY CEASEREAN..... Doktor pun inform kat hubby. Hubby merayu nak masuk dan temankan.
Mungkin dia takut sesuatu terjadi pada akak. Tapi prosedur hospital melarang. AKAK SERAH PADA TUHAN.... Dia pesan akak mengucap banyak-banyak. Mak akak pun dah sampai.... Bila dah atas meja pembedahan doktor nak bius separuh tapi bius separuh tak jalan sebab akak alah pada ubat bius dan ada bengkak kat tekak. pakar bius buat ujian samada akak sakit atau cuma terasa bila dia cucuk-cucuk kat kaki akak. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Dokor nak cuba potong dengan pisau. 2 kali dia try dan akak rasa pedih pisau pembedahan ditekan pasa ari-ari akak. Dalam hati memang akak nekad nak bius penuh. Lastly diorang terpaksa bius penuh........

Akak sedar 9.30 mlm. Syukurlah semua selamat......


13.07.2011

Paginya tersedar pukul 5.00 pagi... Dahaga sangat.... Mintak air pada nurse. Dia suapkan akak. Kaki ngan tangan dapat gerak... ALHAMDULILLAH..... Baby ditolak pada akak.... Itulah pertemuan pertama akak dan anak yang 38 minggu akak kandungkan.... Baby senyum pada akak.... Mukanya macam akak... Air muka cam suami... YA ALLAH...... Terima kasih atas ehsan-Mu Ya ALLAH.... Pukul 11.00 pagi akak disiapkan dan ready balik ke wad. Susah sangat nak bangun dan nak kena jaga baby lagi.... Akak kuatkan juga... Susu taknak keluar... Rasa sedih sbb baby lapar tapi xda makanan... paksa perah susu jugak....
Maaf ye nak.....


14.07.2011


Pagi lagi doktor dah datang nak tgk dressing luka c-zer.... Dia sembur benda alah cam gam... Pastu cakap akak bleh kuar dah.... HURRRAYYYYYYYYYY !!!!! Call hubby dan bersiap balik Grik....



















1 comments:

  1. Salam As..Wah dah selamat melahirkan baby girl ya... tadi masa akk buka blog terasa2 nak singgah sini sebab dah agak As dah bersalin...Tahniah ya.. Aufa Auni sangat comel!!..akk pun masih terkenang2 lg saat melahirkan sara... Indah dan seronok sangat masa tatap wajah baby kan... cam nak menitis air mata sbb terlalu gembira...

    ReplyDelete

Silalah mengomen

 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design