Monday, October 24, 2016

Barang Baek

Assalamualaikum....

Nota : kalau malu baca entri ni sila ambil guni sekerap sarung kat kepala. Baca dalam guni. 

Hari ni hakak nak perkenalkan produk wangian vagina (yang selepas perenggan ini dikenali sebagai 'cik bb')


MASALAH DALAMAN WANITA SELESAI DALAM MASA 3HARI!
HUNNY BUNNY merupakan perfume miss V yang di formulasi dari bahan-bahan semulajadi iaitu ekstrak buah manjakani, sireh, serapat dan buah strawberry untuk membantu masalah bahagian intim wanita serta memberi keharuman kekal 24jam sepanjang hari.

FUNGSI HUNNY BUNNY MISS V PERFUME :-
✅Menghilangkan kegatalan
✅Membunuh bakteria dan kulat
✅Merawat keputihan
✅Mengetatkan faraj
✅Memulihkan luka selepas bersalin
✅Memberi haruman 24jam sepanjang hari
✅Mencegah kegatalan,kulat serta ketidakselesaan
✅Mencegah bau yang kurang enak

.................
SIAPA YANG BOLEH GUNA HUNNY BUNNY MISS V PERFUME NI??
❤anak dara 18+++(yang mempunyai masalah keputihan)
❤wanita yang sudah berkahwin
❤Ibu berpantang
❤Ibu mengandung
100% organik dan selamat digunakan..

KANDUNGAN BAHAN HUNNY BUNNY MISS V PERFUME :-
✏ Aqua, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Strawberry, Sireh, Yogurt, Pengawet, Pewarna dan Pewangi yang dibenarkan.

CARA PENGGUNAAN HUNNY BUNNY MISS V PERFUME :-
✔Selepas mencuci bahagian feminin anda, lap atau keringkan terlebih dahulu. Kemudian semburkan miss V spray pada jarak 15cm,seeloknya spray dalam keadaan duduk mencangkung. Tidak perlu lap atau keringkan setelah spray, biarkan ia bertindak untuk memerangkap kuman serta mencegah bau. Boleh disembur pada bila-bila masa sahaja yg anda mahu.
✔Boleh di spray terus ke panties (seluar dalam) untuk menghalang bau.
.
Time period Tak digalakkan untuk Spray

"TIADA LAGI BAU,TIADA LAGI HAMIS,TIADA LAGI BECAK"

BERMINAT :- 

Pasaran RM75.00 belum masuk pos

RM 50 termasuk pos

019 540 4140

Ubat Resdung

Assalamualaikum....

Hachummm...
Hachummm...

Resdung la tu...
Hah... kena pantang. Jangan main makan je seafood.
Bahaya resdung ni. Boleh kena potong hidung...

Tapi hari ni hakak nak perkenalkan produk baruuuu...

Teng........teng........teng........

IV MIST AROMATIC NANO OIL

PENGENALAN MENGENAI APA ITU
IV MIST AROMATIC NANO OIL

❤ Iv Mist Aromatic Nano Oil ialah produk yang diformulasikan oleh herba-herba organik yang telah terbukti berkesan dan selamat digunakan, ia juga dikilangkan oleh pengilang Muslim dan produk ini dijamin halal untuk digunakan oleh semua golongan.

❤Ucapkan selamat tinggal kepada penyakit resdung yang membelenggu kehidupan anda selama ini kerana dengan hanya Semburan mudah secara konsisten, penyakit anda akan mulai hilang sedikit demi sedikit dan anda akan kembali sihat & gembira.

FUNGSI/KELEBIHAN/KEBAIKAN
IV MIST AROMATIC NANO OIL

❤ Melembapkan kulit
❤ Meringankan penafasan
❤ Mengeluarkan angin dalam badan
❤ Melembutkan rambut
❤Meringankan pernafasan akibat selsema, hidung berair dan masalah lain yang melibatkan pernafasan.
❤ Menghangatkan badan & membantu penghadaman makanan.
❤ Melegakan sendi dan saraf
❤ Melegakan senggugut

INFO ATAU ORDER DIRECT W.APPS 019 540 4140



Kerja Oh Kerja


Assalamualaikum...

Lama tak menulis...

Not gonna find excuse tapi memang hakak kena writers block (SANGAT).
Tapi kini hakak kembali menulis (walaupun orang tak hingin baca sebab tulis tah hape).

Korang sumer sihat ke ?(baru nak tanya ke... ke saje buat baik huhuhuhuhu)

Hakak pun takder citer ape pun. Aufa pun makin besar so does the perangai... Life kan ? Jangan merungut !! 😴😴😴

Kali ni kiter nak review blog (macam la fofular sangat nak review blog orang bagai).

Tak der la.... sajer nak mula balik membelog ni. Cari bahan dan asah semula minat dulu dan marakkan semangat gituwww...

OH STOP YOU DRAMA QUEEN.. !!!

Blog kita ni blog yang list out senarai jawatan kosong kerajaan yang terkini.

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI - GOVERMENT.MY

Check out uolls...

Follow blog ni khusus buat adik- adik yang baru lepas belajar dan berminat untuk berkhidmat dengan kerajaan (macam hakak). Kerja kerajaan ok ape. Baru- baru ni kan ada pembentangan bajet tahun 2017. Ada juga manfaat buat penjawat awam selain yang sedia ada. Bab faedah kesihatan , bab sambung belajar , bab kemudahan cuti bagi keluarga dan diri sendiri dan lain-lain.

Blog ini menyediakan skrol down untuk korang pilih negeri mana korang nak apply pekerjaan (senang kalau dek non nak pilih dekat ngan mak ayah , anak , isteri). Singapura dan brunei pun ada tersenarai. Link untuk download borang pun hado... Mudahnyaaaa!!!!



Ada juga sum up untuk kita cari kerja kosong berdasarkan kelayakan yang kita ada. Ijazah , diploma , stpm dan spm pun ada tak ketinggalan.



Antara yang diklankan di laman web Government.my adalah jawatan kosong maybank, jawatan kosong kastam, jawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas

Iklan jawatan kosong di LPPKN  iaitu sebuah institusi kesihatan kesuburan kerajaan pun ada bagi adik-adik yang berminat untuk bekerja dalam bidang kesihatan.

Selain itu ada iklan AMANAH IKHTIAR , JPAM , IKIM ...

Banyak hadik-hadik...

Jangan biar berlalu peluang-peluang pekerjaan ini.
Usaha dulu baru fikir hasilnya.... Yang PENTING usaha kita.

Zaman sekarang bukan zaman menunggu peluang.
Kita yang harus mencari peluang.

Billa kita apply sesuatu iklan tu pastikan kita turuti syarat-syarat yang diminta. Jangan la pulak bila kita apply jawatan STPM kita senaraikan pula Ijazah yang kita ada. Itu dah tidak mengikut arahan dan syarat.

Ikut segala requirement yang diminta. Bila dipanggil temuduga , ramai penemuduga menasihatkan / memberi petua seperti berpakaian kemas , datang awal ke tempat temuduga , bersopan santu dan buat homework sikit tentang isu semasa , tugas atau spesifikasi jawatan yang kita pohon itu. Barulah nampak usaha dan minat kita.

Last sekali berserah lah pada yang satu ALLAH S.W.T 😊

Kepada Dia kita memohon...
Kepada Dia kita berharap...
Dia lah yang memungkinkan segala-galanya...

Ok..Jumpa lagi ye... ASSALAMUALAIKUM....

Friday, December 26, 2014

Hujan & Banjir

Assalamualaikum...


Dah seminggu hujan turun. Setakat tempat akak ni belum banjir tetapi telah tersebar berita air empangan akan dilepaskan sedikit demi sedikit untuk membendung kenaikan paras air yang agak membimbangkan. Kalau tak dilepaskan dikhuatiri empangan akan pecah dan akibatnya lebih buruk lagi. Ramai yang membayangkan kalau empangan di gerik ni (Bersia , Kenering , Temenggor) pecah seluruh gerik boleh tenggelam (seriau dengar).... Wallahualam.... Betapa kuat dan besar kuasa tersembunyi alam yang selama ini diam. Sekali 'mengamuk' tak terlawan. 

Sesekali kena muhasabah diri. Kemungkinan ini adalah amarah tuhan. Mungkin juga ujian keimanan. 

Selepas hujan , pelangi indah dan menawan menjelma. 

Macamanapun , kena bersyukur hanya hujan yang turun. Tidak bertakung dan tidak datang dengan kuantiti yang banyak seperti yang dihadapi sekarang oleh saudara-saudara kita disebelah pantai timur.
Kasihan anak-anak kecil , wanita dan orang tua. 
Dengarnya air naik sehingga tingkat ke empat sebuah sekolah di Kelantan. Nauzubillah... Hati akak rasa sedih dan risau..

Kalaulah akak ada super power... 

Doa akak mereka berada dalam lindungan Allah S.W.T dan dimudahkan urusan dan keperluan mereka.
Aamiin Aamiin Aamiin... Ya Rabbalalamin...

Layan gambar-gambar yang dikutip dari FB kawan dan kenalan.

Jalan ke Jeli. Dengar cerita pemandunya selamat. Wallahualam...

Gambar dari Jeti Loji Banding , Gerik. Daun yang kelihatan tu sebenarnya pucuk pokok tepi tasik.
Adalah dalam 13 kaki tingginya.
Jeti kedua yang merentangi tasik banding.

p/s  :  Kadang-kadang kita merungut bila hujan. Bila panas pun merungut. Betapa kita ni 'manusia'. Tak pernah cukup , tak pernah puas dan selalu kurang bersyukur.... Astagfirullah...


Thursday, December 18, 2014

Cucuq Jagung

Assalamualaikum....

Ni salah satu favourite akak , hubby dan anak.

Sedap... mudah... dan ringkas....

Tapi husband akak tak suka yang versi lemak manis. Dia suka yang ada bawang , ikan bilis , cabai besar.

Dulu akak kurang suka dengan yang versi savoury ni tapi lama-lama rasa sedap pulak dibandingkan dengan versi lemak manis. Pastu dia suka kalau buat bubur jagung.

Kita semua ada fav masing-masing kan. Kita lebih familiar dengan apa yang kita pernah makan masa kecik iaitu apa yang mak kita masak.

So... layan resepi dan gambaq ya adik-adik / kekakak....




Bahan-Bahan

500 gram - Tepung Gandum
Ikan Bilis (ikut suka bnyk mana tapi jangan banyak sangat)
Bawang Besar 1 Biji
Jagung - 2 Tongkol
Air Panas - 400ml
Air Paip - 150ml (Untuk rendam ikan bilis)
Garam Secukup Rasa
Gula Secukup Rasa
Serbuk Kunyit


Cara-Cara

1. Sagat jagung , rendam ikan bilis (air rendaman nanti jangan buang)
2. Ikan bilis , bawang besar dan cabai besar setelah disiang 
    masuk dalam tupperware turbo chopper dan kisar kasar.
3. Masukkan tepung dalam bekas mengadun.
4. Masukkan bahan yang di kisar kasar.
5. Masukkan jagung yang disaga.
6. Air panas , air rendaman ikan bilis , serbuk kunyit , garam 
    dan gula dicampur sekali (air tu dirasa untuk masin dan 
    manis yang dirasakan sesuai)
7. Masukkan air yang bercampur tadi.
8. Gaul hingga sebati.
9. Rehatkan sebentar (Dalam setengah jam)
10. Goreng leper atau dijemput-jemput (Ikut selera)
11. Siap !! Makan ngan sos memang BEST !!





Wednesday, December 17, 2014

Bubur Kacang Berjagung

Assalamualaikum...


Lama tak bersua di udara kan ?
Blog akak bukan bersarang lagi dah. Dah macam terbiar gitu.
Akak tak berkesempatan memandangkan sekarang bos baru. Susah skit nak 'kelebek' blog.

Tapi...

Kelebek jugak lah sebab kadang-kadang takde buat apa.
Akak ada gak ber-jalan-blog (blogwalking la tu).
Saje nengok-nengok blog-blog yang lagi sifu.
Niat nak blajar gak cara nak dapat ilham dan lelain... hihihihi...

So...

Semalam teringin makan bubuq.
Lepas keje singgah jap kedai runcit dekat taman.
Beli sikit je kacang hijau. Jagung dah ada kt umah 2 tongkol.
Beli masa pasar malam hari jumaat.

Marilah melayan resepi (yang takder sehebatmana) dan gambarnya.


Bubur Kacang Hijau Berjagung

Bahan-Bahan

2 Cawan - Kacang Hijau
1 Liter - Air
400 ml - Santan Kotak / Santan Fresh
2 Tongkol Jagung
200 gram - Gula Perang / Gula Merah
3 Sudu Makan - Gula Putih
Garam Secukup Rasa

Cara-Cara

1. Rebus kacang hijau sampai empuk / kacang tu pecah-pecah skit.
2. Air rebusan tu kalau banyak boleh buang sikit sebab santan akan mengambil tempat.
3. Sagat jagung dan masukkan dalam kacang yang dah empuk tu.
4. Masukkan gula perang. Kalau nak guna gula merah kena bancuh sikit dengan air rebusan kacang / air panas. Jangan lupa tapis sebab gula merah ni kadang-kadang ada pasir , ranting dan macam-macam lagi. (Kita tak tau perjalanan gula merah tu sebelum sampai dapur kita)
5. Bila dah menggelegak dan jagung pun baru masak (agak-agak la dalam 7 , 8 minit) masukkan santan. Kalau taknak guna santan pun takper. Boleh guna susu cair.
6. Kacau baik-baik. Bila dah menggelegak dengan santan tu masuk garam dan gula putih ikut selera/tekak masing-masing. Ada orang suka manis. Ada suka kurang manis. Manis-manis buah gitu.


Siap !!...

p/s : Kalau nak buat eskim kna mnis skit , lemak-lemak sikit baru best
        hik hik hik... Selamat mencuba...


Friday, June 21, 2013

Restoran Upin & Ipin Mydin Meru , Ipoh

Assalamualaikum...

Semalam bercuti temankan hubby pegi buat urusan di ipoh. 
Lepas tu singgah ke mydin meru.
Rupanya ada restoran upin ipin kat situ. Sajer try makan kat situ since Miss AA minat kartun upin ipin.
Try dia punya nasik ayam , nasi dengan daging black pepper dan mee kari. Airnye free. Pakej dengan makanan. 
Surprisingly sedap jugak. Meh layan gambor je...


Mee kari sedap. Terasa kuah kari nya.
Sorang semangkuk... shhhhhhh
Ada kerang (2 biji ekor)
Fishball (2 bijik je... tak cukup Dasar makan banyak
Taupok (best je bila diserap kuah)
Telur (Half)
Taugeh


Nasi ayam pun sedap. Sup dan nasik shiok weh !!
Ayam dan cicahan sedap....


Nasi dengan daging black pepper kureeeeeng skit disebabkan kuah daging black pepper agak pedas. Dasar tak bersyukur.


Layan gambor Miss AA dengan abahnya bergambar 
dengan geng Upin Ipin.





Miss AA mengepow ibu beli patung Ipin dan baju raya polkadot



Wednesday, February 13, 2013

Sambal Makerel Dengan Petai

Assalamualaikum...

Resepi eksiden hari khamis (7.2.2013). Niat asal nak buat sambal petai tapi takder 'kawan' nya  (ikan bilis ke , udang memang tak boleh ler sebab akak kan terpaksa 'mengalah' pada makanan laut ni) so tetiba ilham datang (ilham la sangat) nak cmpurkan dengan petai yang beli dalam pinggan kat pasar tani. Hasilnya... SEDAK BOHHH !!!



Jum layan resepi....



Bahan-Bahan :

1 Tin Kecik Markerel Goreng Bercili Ayam Brand
1 Mangkuk Cili Giling
1 Piring Petai (Yang Telah Dikopek)
1 Keping asam keping
Garam Secukup Rasa
Gula Secukup Rasa
2 Sudu Kicap Kipas Udang (Manis)
2 Sudu Sos Cili

Cara-Cara :

Tumis cili sampai masak. Masuk asam keping , garam , gula kicap dan sos.
Masuk petai , markerel.
Bila dan pecah minyak dan rasa semua asam garamnya.
Dah ok... Angkat le....


BEST GILER !!






Tuesday, February 12, 2013

Cucur Manis Manja

2 cawan tepung gandum
3 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan air paip
1 cawan air panas

Caranya

1. Masukkan tepung dalam bekas mengadun.
2. Bancuh gula , garam , air panas dan air sejuk.
3. Satukan semua bahan.
4. Kemudian bolehlah digoreng.

P/s : Shiok giler cicah ngn kuah kari atau sardin....

Monday, December 31, 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum.... Sajer nak cerita pasal cenderahati musim sekolah huhuhuhuhu...


Tak pernah jumpa sagun bakar tapi rasanya not bad. Cam kuih bangkit kelapa pun ada.

Bekas simpan tooth pick dari vietnam... TQ cikgu ooi...

Antara souvenirs dari merata tempat. Paris , german ,china dan our local pon ada. 
Sumer orang bagi. Comel... THANK YOU...

Selalu dapat jajan. Pernah dapat bepang. Ader flos dia tabur kat atas. Nasib baik terbaca kat label dia. Rupanya der serunding kerbau kaki pendek. Terlompat gak la. Pastu bagitau kat cikgu tu. Dia mintak maaf. Takper akak cakap sebab diorang tak sengaja (walaupon ade terbakor gak sbb macam tak sensitip... Benda makan tu...)


Sekian....



Friday, November 16, 2012

Cerita Nestle Saya

Assalamualaikum...


Pa habaq ?? Akak okeh-okeh je.... Saje nak crita pasal susu Nestle Omega Plus Dengan Acticol. Alah... susu yang akak pernah buat n3 dulu ni. Susunya sedap dan berkhasiat. Baik untuk kita-kita yang dah start melangkah ke usia 'muda'. Since banyak respon dan view pada artikel susu ni , akak suka la nak berkongsi ngan korang yang susu ni dah ada dalam pack convie. Senang nak minum and bwk kemana-mana. Memandangkan akak ni orang yang 'rajenn' bangat akak sangat happy bila dapat tau syarikat Nestle dah buat pek yang hanya perlu kita koyak plastiknya dan bancuh trus. Rasa susu ni pulak dah ada kurang manis dari sebelum ni tapi masih rasa sedap. kat kotak dia ada tulis untuk mummy preg tak boleh minum ye. So terjawab la pertanyaan akak (masa preg dulu kan akak kena darah tinggi , so akak try tanya kot mana tau mummy preg boleh minum atau tak). Kanak-kanak memang la tak leh minum. Akak (yang berlebihan kelas-terol hihihi ) minum 2 kali sehari. Pagi sebelum pegi keje , sepaket. Malam sebelum tido , sepaket. 



Mari kita jaga diri kita untuk orang yang tersayang...

Hari tu akak rasa berat dan mengah masa naik tangga nak ke opis (slalu memang mengah tapi kali ni rasa lain sgt hehehehe). Kita boleh tau sendiri kalau ada banyak kolesterol atau tak. Pastu akak minum susu ni dalam 2 kali terus rasa okey... Jangan lupa minum tau.... 



p/s  :  Tengah paksa abah aufa minum gak. Liat benor...


Tuesday, October 02, 2012

Istilah-istilah Bagi Alcoholic Beverages & Bahan Ramuan Makanan Mengandungi Alkohol Dalam Kategori ARAK.

Kredit Gambar : ibnushukran.blogspot.com

1. Wine - Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur

2. Beer/Ale - Hasil fermentasi gandum atau barley

3. Wiski - Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli

4. Brandy - Sejenis ark yg dihasilkan hasil penyulingan wine

5. Cocktail - Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).

6. Cider - Hasil fermentasi epal

7. Rum - Hasil fermentasi tebu

8. Tuak - Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)

8. Mojito - Cocktail yg dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.

10. Spirits - Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol

11. Liquor - Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol

12. Pinacolada - Sejenis cocktail berasaskan jus nenas yang mengandungi rum.

13. Gin - Sejenis arak daripada buah 'juniper berries'

14. Bitters -Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) drpd herba-herba.

15. Nasih , Baa atau b'a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar - merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.

16. Tequila - Minuman beralkohol yg dihasilkan daripada 'blue agave plant'

17. Margarita - Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, sellunya dihidangkan dengan garam pada 'glass rim'.

18.Champagne - Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua

19. Sake - Hasil fermentasi beras.

20. Mirin - Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)

21. Todi - Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)

22. Scotch - Sejenis wisky dihasilkan di Scotland

23. Amaretto - Arak Itali berperisa Kacang Badam

24. Calvados - Apple brandy

25. Chambord - Black raspberry liqueur

26. Claret -Light red wine or Bordeaux.

27. Cognac- Aged, double-distilled wine or fermented fruit juice. Cognac is considered the finest brandy.

28. Cointreau - French, orange-flavored liqueur.

29. Curacao - Liqueur made from bitter Seville oranges.

30. Creme de menthe -Thick and syrupy, sweetened mint liqueur. Comes both clear and green.

31. Framboise - French raspberry liqueur.

32. Frangelico - Italian hazelnut liqueur.

33. Galliano - Golden Italian anise liqueur.

34. Grand Marnier - French liqueur, orange-flavored.

35. Grappa - Italian grape brandy.

36. Grenadine - Pomegranate syrup, sometimes alcoholic.

37. Hard Cider - Fermented, alcoholic cider.

38. Kahlua - Syrupy Mexican liqueur made with coffee and cocoa beans.

39. Kirsch (Kirchwasser) - Colorless liqueur made of cherries.

40. Red Burgundy - Dry French wine.

41. Schnapps - Flavored, colorless liquor.

42. Sherry - Fortified dessert wine, sweet or dry, some with a slightly nutty flavor.

43. Southern Comfort - Bourbon mixed with peach liqueur.

44. Triple Sec - Orang-flavored liqueur.

45. Vermouth - Wine-based drink infused with herbs, sweet or dry.

46. White Burgundy - Dry French wine.

Sumber  :  FB Sahabat Halal JAKIM

p/s : Minuman MALTA haram....


Tuesday, September 18, 2012

Cerita Campur-Campur

Assalamualaikum...

Apa kabar sumer ? Doa akak semua sihat sejahtera dalam lindungan 
ALLAH S.W.T... Lama tak ke udara. Nak kata bz idok ler sangat tapi memang tak sempat nak ngolah bahan nak nulih (hahahaha)...

omei omei tak ?

Semalam (17.09.2012) dah tersurat yang akak akan jadi mak ngah lagi (Yeah !!!). Dalam bulan september ni saja 2 kali (Oh Yeah !!).... Alhamdulillah.... Sykur pada Allah adik ipar dan adik sendiri selamat melahirkan cahayamata diorang. Adik ipar munyer ceritanya disini. Yang terbaru (17.09.2012) adik pompuan akak melahirkan baby boy. Nunggu nak gi tengok je tapi malangnya pun ada. Start khamis (6.9.2012) akak kena penyakit eczema. Kulit akak ni memang agak ngengada. Cepat je nak gatal. Nak trace back apa yang akak makan memang tak dapek ler. Mana nak ingat semua dah masuk perut. Tapi so far akak tak pernah sentuh makanan yang memang di 'haram'kan bagi kesihatan akak iaitu seafood (udang,sotong,ketam) tapi orang kata malang memang tak berbau. Dah nasib nak jadi gini. Ada dosa yang tuhan nak hapuskan tu. Mak akak bagitau ader anak kawan dia pun kena camni. Dia try petua menggunakan 'ati abu'. Ati abu tu adalah abu yang duduk tengah-tengah bekas puntung kayu dibakar. Ambik masukkan dalam bekas dan masukkan air. Sapu kat tempat yang kena penyakit tu. Rasa pedih-pedih , panas.



Very itchy itchy.... arghhhh


Kawan-kawan , abang-abang , akak-akak , adik-adik doakan akak sembuh yer... Risau penyakit ni berjangkit pada my lil' princess THE AUFA AUNI.... Allah saja yang dapat membalas kebaikan kalian....


Wednesday, September 05, 2012

Mak Ngah Lagi

Assalamualaikum...

Gembiranya hati bila dikhabarkan oleh adik yang ibu aufa dah jadi mak ngah (AGAIN!!)...

Baby girl ni lahir pada 2 September 2012.... Tapi blom ada peluang pegi tengok sebab babynya duk di Key El.. Makngahnya duk gerik....

Insya ALLAH baby balik gerik atau mak ngah pegi key el ok ?...

Ummmmmuahhhhhhh !! Sayang baby...

Jamu mata nengok baby makngah yer....






Friday, August 31, 2012

Nak Besar Camtu Ler

Assalamualaikum..

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. 

Semalam ibu balik keje disambut oleh dak aufa yang demam panas. Mujur juga sebelum balik dari rumah pengasuh , mak pengasuh aufa dan jelum dengan air ais. Tapi malamnya , panas balik. Kuat sangat. Bila diberi susu dia muntah balik bersama dengan kahak dan ada cam benda warna coklat bertali-tali. Malam tu jugak ibu ngan abah aufa bawak dia jumpa doktor. Dapatlah ubat 4 jenis. Lepas makan ubat muntah dengan susu sekali. Kesian anak ibu... Tapi ALHMADULILLAH banyak pulak air masak sejuk yang aufa minum. 



Sambil meneman anak ibunya yang belum makan malam , hanya makan sandwich telur ngan nescafe decaf. Dappp.... kata dak aufa hehehehehe.


Paginya aufa cirit air. Banyak sangat. Bau air badan. Mandikan dia pukul 10.30 pagi. Mak dah petua , kalau kaki dia suam atau panas baru bleh mandi. Kalau kaki dia sejuk , tak boleh mandi sebab panas akan masuk balik. Alhamdulillah , lepas mandi beransur kebah. Makan nasik ngan sayur fav dia pun sesudu je. Tak selera. Susu adalah diminumnya 3 oz. Boleh la daripada kosong langsung perut. Buat lapik ubat. Ibu ngan abah lak sambut merdeka dengan spaghetti cendawan hati duka (sebab anak demam).


Tengahari tadi nampak dak aufa dah ok skit. Dah kebah , peluh-peluh. INSYA ALLAH ... 
Lega skit hati ibu....




 

Catatan Asmidar Template by Ipietoon Cute Blog Design